Wednesday, January 7, 2015
Syukur ALHAMDULILAH , majlis reception (walimatul urus) anakanda Siti
Aishah Binti Abdullah Sani telah selamat berlangsung pada 27/12/2014.
Dirakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan begitu
juga kepada semua petugas yang telah membantu.
Syukur ALHAMDULILLAH , Anakanda SITI AISHAH telah berangkat pulang ke London pada hari Ahad jam 8.10 malam 18/1/2015 dengan penerbangan EY411 Etihad Airways dan akan transit di Dubai. Beliau telah menyambung semula pengajian post graduatenya di Queen Mary University Of London. IN SHAA ALLAH beliau akan tamat pengajiannya di London pada bulan September 2015.
Arina cucuanda kesayangan Datuk
turut jadi Flower Girl.
Saya merakamkan kesyukuran ALHAMDULILLAH atas majlis walimatul urus pengantin perempuan anakanda Siti Aishah yang telah selamat berlangsung.
Didoakan agar pasangan pengantin Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan suami Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa beroleh keberkatan bahagia panjang jodoh sehingga ke Akhirat. Juga didoakan agar pasangan pengantin ini berkekalan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Tuesday, November 4, 2014
04/11/2014 bersamaan 11 Muharram 1436 Hijri hari Selasa jam 9.50 pagi Majlis Konvokesyen UKM Ke 42 2014. My 1st convocation 2012. Alhamdulillah, now is my 2nd convocation 2014. Wajah murid tua 57 tahun. Selama 5 tahun, sejak tahun 28 Jun 2009 hinggalah 4 November 2014, syukur Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar, sokongan dan inspirasi Dato' Lieutenant Kolonel. YBhg. Dato' Lt. Kol. Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Bin Haji Mamat, DIMP ialah “Al Fadhil Tuan Guru”, dan saya sentiasa mendapat ilmu dan akan terus mendapatkan ilmu daripada beliau. Saya telah berjaya dan akan dianugerahkan “Sarjana Sains Sosial (Sains Politik)” oleh YANG AMAT MULIA TUNKU LAXAMANA TUNKU DATO’ SERI UTAMA NAQUIYUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU JA’AFAR, DK., DKYR., SPNS., SPMP., PPT., BSc. (Wales). IN SHAA ALLAH. Kepada Pengerusi dan Panel Penilai, pensyarah2 lain yang turut membantu saya ; Pengerusi, pensyarah dan staf di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi FSSK, UKM Bangi ; serta semua warga Pengajian Siswazah Program Sains Politik, PPSPS, FSSK terima kasih tidak terhingga atas bantuan selama ini. Kepada bekas student tutorial dan rakan-rakan sekalian “a trillion tqvm” kerana mendoakan kejayaan saya selama ini selaku Murid Tua 57 Tahun.
Sunday, October 26, 2014
2Muharram 1436H
26/10/2014
To My Dearest and Beloved Classmates
Academic Sessions
2012/2013
2013/2014
2014/2015
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ALHAMDULILLAH, saya bersyukur masih diberikan rezeki dan usia.
Semoga hari Sidang 7 Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Kali Ke 42 yang bakal menjelang pada hari Selasa 04/11/2014 akan menjadi inspirasi baru dalam meningkat keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA.
Tiada hadiah istimewa kecuali iringan doa semoga ALLAH TA’ALA sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya dalam segala urusan kehidupan.
Happy UKM 42nd Convocation Day And Heartiest Congratulations.
SETINGGI-TINGGI SYABAS DAN TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN
memperolehi Sarjana Sains Sosial (Sains Politik).
Tulus ikhlas dari murid tua 57 tahun
Abdullah Sani Bin Mohd Zin,
UKM Political Science Post Graduate Year 2014
Friday, September 26, 2014
02 Zulhijjah
1435H
27/09/2014
Dear Tuan / Puan ,
Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
UNDANGAN WALIMATUL URUS
Adalah dengan hormat dan sukacitanya
tuan / puan dan seluruh anggota keluarga diundang ke majlis perkahwinan
anakanda saya, Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa
seperti berikut :-
IN SHAA ALLAH
Tarikh reception
: 27
Disember 2014 (Sabtu : 12.00 tengahari – 4.00 petang)
Tempat : Dewan Besar AADK,
Agensi Antidadah
Kebangsaan,
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR.
(Depan Maktab Perguruan Islam BANGI/
Institut Latihan Islam Malaysia JAKIM)
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Tulus Ikhlas
(Abdullah Sani Bin Mohd Zin)
(Abdullah Sani Bin Mohd Zin)
Murid Tua 58 Tahun
@ UPM Post Doctoral Student
Semester 3
Sesi 2015/2016
@ UPM Post Doctoral Student
Semester 3
Sesi 2015/2016
Subscribe to:
Posts (Atom)



















.jpg)


.jpg)