Thursday, September 24, 2015

HAJJ 1436 Hijri / 2015 Masihi

 Official : Lembaga Tabung Haji
MAKLUMAT TERKINI KEJADIAN REMPUHAN DI MINA

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Rentetan daripada tragedi di Mina, saya ingin menyampaikan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut. Setelah dibuat semakan di tujuh (7) maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd, tiada jemaah haji yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi.

Saya ingin makkumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Kita mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat. Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia.

Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

24 SEPTEMBER 2015, JAM 3.40 PETANG

#haji1436H





    HAJJ 1436H. Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 dan Maaf Zahir Batin.

    Syukur ALHAMDULILLAH, Darling saya , Adinda Fuziah Binti Anang kini berada di Mudzdalifah meninggalkan Padang Arafah Mina Makkah tul Mukarramah menunaikan tanggungjawab melakukan Ibadah Haji. Semoga Darling dipermudahkan urusan ibadah haji beliau oleh ALLAH TA'ALA dan beliau akan memperolehi ibadah haji Mabrur. In shaa ALLAH.

    Saya telah menunaikan ibadah Solat Sunat Eidul Adha 1436 Hijri bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya bersama Anakanda Dr. Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ir. Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa. Kami bertiga beranak ke masjid bersama-sama menaiki kenderaan baharu milik Adek.

    Manakala buah hati kesayangan Datuk (Cucu) iaitu Arina , Anakanda Dr. Siti Fatimah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ar. Muntaha Bin Tasarib telah pulang ke Johor untuk berhari raya korban.

    In shaa ALLAH Darling saya akan selamat kembali dari Jeddah - KLIA pada hari Selasa jam 1.00 tengahari 21/10/2015

    Saturday, September 19, 2015

    HAJI 1436 / 2015



     

    Hari ini dalam sejarah , Jumaat : Ucapan selamat jalan dan selamat pulang ke tanah air. Semoga DARLING dikurniakan kesihatan yang baik dan memperolehi haji yang mabrur. KLIA - Changi Singapore - Jeddah . Darling berangkat 18/09/2015 jam 11.10 pagi, In shaa ALLAH . Flight MI323 dan Saudia SV837. Pulang 21/10/2015 jam 1.00 tengahari Jeddah - KLIA dengan flight Saudia SV832, In shaa ALLAH. Anakanda Menantu Ahmad Faizal , Anakanda Siti Aishah , Darling Fuzie , Anakanda Siti Fatimah dan Anakanda saudara di KLIA, Departure Hall, Level 5 

    Wednesday, July 29, 2015

    Suasana Hari Raya Aidilfitri 2015 / 1436 Hijri di Bandar DiRaja Muar. Bersama Darling dan anakanda Puan Noor Adiba Binti Abdul Rashid (alumni Kolej Tun Hussein Onn , Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, beliau bertugas selaku Pegawai Tadbir Gred N41 di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim)


    Wednesday, July 15, 2015

    Dear Tuan / Puan, 
    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Semua para sahabat , saya Abdullah Sani Bin Mohd Zin ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terlanjur bahasa atau terdapat salah silap dari saya. 

    Saya juga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. 

    Saya beraya di Muar dan Bandar Baru Bangi saja, kalau ada kawan kawan yang datang ke Bandar Baru Bangi singgahlah ke rumah. Salam hormat dari saya 
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student
    Semester 3
    Sesi 2015/2016

    Sunday, April 5, 2015


    ABDULLAH SANI BIN MOHD ZIN
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student
    Semester 3  Sesi 2015/2016
    Doctor of Philosophy (Politics and Government)
    Faculty of Human Ecology
    University of Putra Malaysia

    Wednesday, March 25, 2015



    Abdullah Sani Bin Mohd Zin
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student 
    Doctor Of Philosophy 
    (Politics And Government) 
    Universiti Putra Malaysia 
    Semester 3, Sesi 2015/2016