ARINA , cucu kesayangan Datuk,
Semoga ALLAH Subhanahu Wa' Ta'ala akan sentiasa mengurniakan kerahmatan, keberkatan dan ARINA sentiasa dibawah lindungan pemuliharaan ALLAH s.w.t
Thursday, January 12, 2012
Saturday, December 31, 2011
1.1 PENGENALAN
Secara umum, globalisasi
bermaksud keadaan dunia secara am atau keseluruhannya. Globalisasi juga membawa maksud perpindahan isme, nilai, dan fahaman dari satu pusat
ke daerah-daerah yang lain. Perpindahan
nilai boleh berlaku melalui penjajahan, penaklukan daerah, pendidikan, dan
peranan media. Bertherton (1966)
menggariskan empat aspek asas dalam proses globalisasi iaitu perkembangan
teknologi maklumat, internet, perubahan ekonomi sejagat, globalisasi politik,
dan pensejagatan idea. Manakala
globalisasi dari sudut politik pula adalah semakin mengecil dan berkurangnya
peranan nation-state atau negara
bangsa untuk menguruskan soal berkaitan tuntutan dan pemeliharaan hak-hak sivil
rakyat, sebaliknya prospek pengendalian diambil alih oleh organisasi
supranasional sama ada pada peringkat serantau atau sejagat (Frankel 1970).
Pada
masa kini, globalisasi telah menjadi satu buzz-word
yang digunakan oleh pelbagai pihak tetapi ia seringkali disalahtafsirkan. Proses globalisasi pula
adalah satu fenomena atau keadaan di mana dunia dan hubungan antara negara dan
penghuninya menjadi semakin cepat dengan adanya bantuan teknologi maklumat dan
perkembangan ekonomi kapitalisme. Contohnya, pelaburan langsung MNC dan
perkongsian nilai kehidupan sejagat. Sebagai satu proses
transformasi dunia, globalisasi dikatakan bermula kira-kira dua dekad yang lalu
dengan terbentuknya satu ekonomi global yang berbeza daripada ekonomi dunia. Jika dirujuk dari sudut analisis, globalisasi
merupakan suatu fenomena yang multi dimensi, yang meliputi ekonomi, politik,
budaya, dan ideologi dan bukannya hanya merangkumi dimensi ekonomi,
perdagangan, dan teknologi semata-mata. Oleh
itu, proses globalisasi melibatkan segenap aspek kehidupan masyarakat dan
kesejagatan negara bangsa. Ia juga boleh
dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang muncul hasil daripada cantuman
pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi,
politik, budaya, dan ideologi sesuatu negara menerobos atau menembusi sempadan
negara lain (Noraini ; Summit 2000:29).
Ini bolehlah dikaitkan dengan konsep pengurangan kedaulatan negara,
keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi, pengecilan dunia, dan pengembangan
transaksi perdagangan yang berasaskan kepada pemikiran perdagangan bebas
(Mahfuzah, Rashila, Zaini 1999:6). Dalam
hal ini, globalisasi melibatkan pemampatan masa dan ruang dari hubungan sosial
dan kemunculan kesedaran global mengenai pemampatan tersebut (Noraini &
Sumit 2000:29).
Tuesday, December 27, 2011
Sunday, December 25, 2011
SKAD
3383
GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN
NEGARA
TAJUK
TUGASAN
ALAM SEKITAR
DISEDIAKAN
OLEH
HAJI
ABDULLAH SANI BIN MOHD ZIN
NO.
MATRIKS A 126639
PENSYARAH @
PENYELARAS
KURSUS
YBHG PROFESOR MADYA
DR. HAMZAH BIN
JUSOH
YBHG PROFESOR MADYA
DR. JALALUDDIN BIN ABDUL
MALEK
YBHG DR. AZMI
BIN AZIZ
TARIKH / MASA KULIAH @ TUTORIAL
HARI
RABU
JAM 10.00 PAGI – 12.00
TENGAHARI
ALAM SEKITAR
ABSTRAK
Manusia telah
diutuskan sebagai khalifah untuk mentadbir dan menjaga alam ini sesuai dengan
fitrahnya sebagai makhluk yang dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Berpandukan
wahyu yang tersurat sebagai Al-Quran, manusia diajar, dididik dan diberi panduan
tentang bagaimana untuk mentadbir alam ini melalui perantaraan utusan Allah
iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada juzuk alam
musyahadah yang dicipta Allah untuk kepentingan manusia. Bahkan manusia sentiasa
berhubung dengan alam sekitar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya dengan alam
sekitar menyediakan pelbagai sumber untuk keperluan manusia seperti udara, air,
hutan dan sumber galian. Maka lahirlah satu rantaian hubungan yang signifikan
antara manusia dan alam sekitar. Justeru, Al-Quran telah menggariskan beberapa
peraturan dan undang-undang tentang bagaimana manusia boleh berhubungan dengan
alam sekitar supaya hubungan tersebut saling memberi manfaat bukan mudharat
antara satu sama lain. Oleh itu kertas kerja ini cuba mengupas sudut falsafah
alam sekitar dari kaca mata Al-Quran sebagai kitab dan panduan hidup setiap
muslim.
PENGENALAN
Perkembangan mutakhir dunia kini mempamerkan keprihatinan masyarakat
terhadap isu dan persoalan alam sekitar. Berbagai bentuk wacana ilmu berkaitan
krisis alam sekitar dianjurkan sama ada persidangan, forum, dialog, seminar,
laporan akhbar dan sebagainya. Malah semua pihak tidak ketinggalan menyertai
setiap perkembangan sekiranya sesuatu isu persekitaran tercetus sama ada pihak
kerajaan, swasta mahupun media massa.
Secara sedar ataupun tidak, manusia telah sekian lama mencemar atau
merosakkan alam sekitar dengan pelbagai bentuk perlakuan dan tindakan.
Sebenarnya kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar telahpun direkodkan
sejak abad kelapan belas dan kesembilan belas lagi (Jamaluddin 1996). Semua itu
berlaku justeru manusia cuba memenuhi sebahagian daripada tuntutan dan keperluan
mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Alam sekitar secara
hakikatnya adalah tempat manusia mencari dan meneroka khazanah serta
sumberjayanya untuk tujuan tersebut.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling mulia dengan
tanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin di bumi ini. Manusia dicipta dan
utuskan ke bumi ini tidak secara bersendirian, malah mereka dibekalkan dengan
segala bentuk peraturan dan garis panduan yang terkandung dan tersurat sebagai
kitab suci Al-Quran.
Justeru, kertas kerja ini cuba melihat perkaitan tiga elemen di atas
iaitu alam sekitar, manusia dan Al-Quran dalam mengupas isu-isu persekitaran
yang semakin mencabar konsiderasi manusia sejagat dari sudut falsafah alam
sekitar.
Manusia dan Alam Sekitar dari Kaca Mata
al-Quran
Alam semester ini adalah ciptaan Tuhan yang terdiri daripada alam musyahadah dan alam ghaib. Alam musyahadah ialah alam sekitar fizikal
yang kandungannya dapat dilihat dengan pacaindera atau ditanggap dengan akal.
Alam ghaib pula ialah alam yang tidak dapat dilihat atau ditanggap dengan
pancaindera atau akal seperti alam roh dan alam akhirat. Alam ghaib ini hanya
dapat diyakini dan difahami melalui iman atau kepercayaan yang sungguh-sunggu
terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta (Abu Bakar 1998)
Alam musyahadah atau alam
sekitar fizikal yang dapat dilihat oleh pancaindera itu dapat dibahagikan kepada
empat komponen utama iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera yang
sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain di dalam keadaan yang sentiasa
menuju kepada keseimbangan dinamik dan tidak menimbulkan banyak masalah
(Jamaluddin 1998).
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian.
Dianegerahi akal dan fikiran serta dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan
memakmurkan alam ini berdasarkan wahyu dan ajaran, peraturan dan ketetapan,
syariat dan perundangan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t yang terkandung
dan tersurat di dalam Al-Quran.
Alam sekitar rmerupakan salah satu unsur alam tabii (nature)
ciptaan-Nya. Ruang lingkup alam tabii begitu luas, bukan hanya terangkum dalam
aspek biologi, kimia dan fizik, bahkan melibatkan aspek metafizik. Berdasarkan
perspektif Islam, alam tabii tergolong dalam bidang pengajian sains kosmologi
dan sains ini berkait rapat dengan ilmu wahyu (Zaini
1993).
Hubungan Manusia dan Alam Sekitar
Manusia merupakan kejadian yang istimewa berbanding dengan makhluk
lain ciptaan Allah. Ia dibekalkan dengan akal fikiran untuk menguasai ilmu
pengetahuan. Berbekalkan potensi yang sedemikian manusia berupaya untuk
membangun dan memakmurkan dunia. Hal ini sesuai dengan matlamat penciptaan
manusia iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan mewarisi kekayaan yang terdapat
di perut bumi dan di dasar lautan. Jelas, bahawa Allah jadikan dunia
(persekitaran fizikal) dan apa jua yang terkandung di dalamnya untuk keselesaan
dan kesejahteraan manusia (Abdul Monir 1998).
Hubungan manusia dan alam sekitar boleh dilihat dari dua sudut yang
berbeza. Pertama, manusia diberi tanggungjawab untuk memakmurkan dunia dan
mengambil faedah daripada pembangunan. Hal ini bertepatan dengan fungsi manusia
sebagai khalifah di mukabumi ini. Kedua, manusia perlu memikirkan dan mengambil
iktibar dari kejadian alam yang begitu lengkap dan sempurna serta mendekatkan
diri dengan Allah yang menciptanya. Firman Allah yang bermaksud
:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran
malam dan siang, pada kapal yang belayar di lautan dengan membawa benda-benda
yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari
langit lalu Allah hidupkan tumbuh-tumbuhan di bumi ini” (al-Baqarah :
164).
Manusia dan alam sekitar merupakan dua komponen penting di alam ini
yang saling berhubungan di antara satu sama lain. Sebarang perubahan ke atas
satu entiti tersebut akan menyebabkan entiti yang lain turut akan berubah.
Hubungan manusia dengan alam sekitar dapat ditinjau berdasarkan beberapa tahap,
daripada tahap asal atau awal yang mudah sehingga kepada tahap yang kompleks dan
canggih masa ini. Pada tahap awal yang mudah pertalian ini dapat dilihat melalui
kewujudan manusia dan bumi (alam sekitar fizikal) (Jamaluddin
1996).
Hubungan manusia dan alam sekitar pada tahap yang lebih kompleks
adalah berasaskan pandangan bahawa manusia adalah sebahagian daripada alam
sekitar. Ia lahir daripada pandangan santifik yang membezakan manusia dengan
haiwan lain, berdasarkan fakta bahawa manusia mempunyai daya berfikir yang lebih
tinggi. Oleh itu manusia mempunyai keperluan yang tersendiri dan perbezaan ini
membolehkan kita membahagikan bumi ini kepada dua sisitem ysang utama, iaitu
sistem alam sekitar fizikal dan sistem persekitaran manusia dan kegiatannya
(Jamaluddin, 1996).
Manusia dan Masalah Pencemaran Alam
Sekitar
Alam sekitar fizikal bukan hanya menawarkan tapak untuk manusia
menjalankan aktiviti sehariannya, tetapi juga merupakan sistem bantuan kehidupan
yang tidak ternilai. Manusia yang bebas
menggunakannya untuk tujuan pembangunan dan peningkatan taraf hidup kadang kala
lupa bahawa sesuatu tindakan yang mereka lakukan boleh dan akan mempengaruhi
perkara-perkara lain. Tindakan manusia akan mewujudkan perubahan dan boleh
menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Kemerosotan kualiti alam sekitar
bermula sebaik sahaja tekanan aktiviti manusia yang mencetuskan perubahan
terhadap persekitaran fizikal sudah tidak dapat ditampung oleh persekitaran itu
(Jamaluddin Md. Jahi 2000).
Berdasarkan beberapa ayat al-Quran, kerosakan alam sekitar ini
disebabkan oleh dua faktor utama sama ada faktor semulajadi atau tindakan
manusia. Firman Allah yang bermaksud :
“telah zahir (nyata) segala kerosakan yang berlaku di daratan atau di
lautan itu, disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh kedua-dua tangan manusia,
supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang
mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali
(bertaubat)’
(Ar-Rum : 41).
Manusia dikatakan menggunakan sumber semulajadi untuk kepentingan
ekonomi semata-mata dan meminggirkan persoalan alam sekitar di dalam perencanaan
pembanganunan duniawi. Pertimbangan yang mengenepikan wajaran yang adil terhadap
alam sekitar inilah yang menjadi katalis kepada kerosakan alam sekitar.
Sedangkan Allah tidak mengutuskan manusia dan makhluk lainnya ke alam ini bukan
untuk merosakkan tetapi sebaliknya sebagai seorang hamba yang perlu mengabdikan diri kepadaNya. (Mohd
Bustaman 1997). Firman Allah yang bermaksud :
“Tidakku utuskan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri
kepadaku” (Surah :
Sekiranya manusia sedar akan tanggunjawabnya sebagai seorang hamba
Allah, sudah pasti mereka tidak akan melakukan kerosakan di alam ini. Sekiranya
amanah ini tidak dilaksanakan, maka manusia telah ingkar. Setiap keingkaran yang
dilakukan itu merupakan penentangan kepada hukum Allah dan setiap penentangan
itu merupakan satu dosa yang sudah pasti akan dibalas
kelak.
Justeru, Islam meletakkan hukum halal dan haram sebagai satu etika
yang boleh melentur setiap tindakan umatnya. Namun, etika ini hanyalah dipatuhi
oleh mereka yang benar-benar beriman kepada Allah yang diertikatakan sebagai
manusia yang bertaqwa. Konsep ketaqwaan ini merupakan manifestasi keseluruhan
etika yang disaran, diwajib dan ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya. Sekiranya
ketaqwaan itu tinggi, maka tinggilah etika hidup seseorang itu, dan sebaliknya
ketaqwaan yang rendah akan merendahkan darjat dan martabat seseorang
itu.
Al-Quran dan Falsafah Alam Sekitar
Alam sekitar sangat diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan
tempat tinggal, makanan, minuman dan lain-lain kemudahan, Kesemua keperluan dan
kemudahan ini melibatkan penerokaan alam sekitar sama ada untuk mendirikan
bangunan, mendapatkan makanan dan minuman atau sumber jaya yang penting bagi
menjamin kelansungan dan kesejahteraan hidup
manusia.
Namun begitu, perkara yang lebih penting bagi manusia berkaitan alam
sekitar ialah untuk memperjelaskan lagi sifat-sifat Allah dan pembangkit
kesedaran tentang sifat ketuhanan. Alam tabii juga merupakan simbol yang memberi
petunjuk bagi memudahkan manusia dalam menempuh cabaran kehidupan. Bulan,
bintang dan matahari misalnya menjadi petunjuk arah dan waktu, di samping
menjadi petunjuk tentang betapa hebatnya sifat Allah s.w.t. (Zaini
1993).
Di samping mengetahui manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan
dan konsep manusia mestilah juga difahami setepatnya bagi memahami konsep Islam
terhadap alam tabii. Hal ini penting kerana manusia merupakan central being
dalam alam tabii dan mempunyai tempat atau kedudukannya yang khusus dalam
struktur alam tabii. Hakikatnya manusia merupakan sebahagian daripada alam
tabii, tetapi manusia mempunyai peranan
dan keistimewaannya yang tersendiri berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain
(Zaini 1993).
Setiap kejadian dan ciptaan di alam ini bertujuan untuk memberi
kesenangan dan kebahagiaan kepada manusia. Manusia berhak ke atas ciptaan Allah
untuk menjamin kelangsungan hidup di alam ini. Komponen alam sekitar seperti air
dan udara serta sumber galiannya adalah juzuk-juzuk penting untuk aktiviti
pembangunan sesebuah negara. Dengan ini, manusia akan mempergunakan alam sekitar
untuk tujuan tersebut dan sekiranya manusia tidak mematuhi garis panduan yang
telah ditetapkan, alam sekitar mengalami kerosakan.
Berkaitan hal ini, Allah telah menetapkan etika-etika tertentu
tentang bagaimana manusia boleh bertindak ke atas alam sekitar yang merupakan
sebahagian daripada ciptaan Allah dengan firmannya yang bermaksud :
‘dan janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas). Sesungguhnya
Allah membenci mereka yang berlebih-lebihan’
(Al-Maidah : 87).
Manakala di dalam surah Al-Qashash pula, Allah menegaskan bahawa
perbuatan berlebihan-lebihan iaitu eksploitasi secara melampaui terhadap alam
sekitar itu suatu perbuatan yang amat
dibenci olehNya . Firman Allah yang bermaksud :
‘dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi ini, sesungguhnya
Allah membenci mereka yang melakukan kerosakan’ (al-Qashash :
77).
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelas memperlihatkan unsur-unsur etika
yang seharusnya dipatuhi dan dipraktikkan oleh manusia terhadap alam ini
sekiranya mereka ingin selamat dari segala bentuk ancaman alam sekitar sama ada
disebabkan oleh manusia atau ancaman tabii. Manusia harus bertanya kepada diri
sendiri, sama ada tindakannya mengeksploitasi alam sekitar itu akan memberi
kesan berbalik kepeda mereka atau tidak.
Penutup
Adalah penting sekali diingatkan bahawa al_Quran bukanlah sebuah buku
teks sains yang mengandungi huraian-huraian terperinci tentang segala kejadian
dan unsur-unsurnya. Ia hanya memberi kerangka kasar atau clue dan terpulanglah kepada manusia
untuk menggunakan pemikiran yang diberi untuk mengkaji dan mengamati sesuatu
dengan cara yang lebih teliti (Zakaria, 1991).
Bumi yang dipijak, langit yang dijunjung dan alam sekitar seluruhnya
adalah anugerah Allah yang terlalu tinggi nilainya. Tanggungjawab manusialah
untuk memakmurkan alam ini dengan sebaik mungkin. Sewajarnyalah, manusia yang
dibekalkan dengan akal yang sempurna memikirkan akibat yang akan terjadi hasil
dari tindakan yang dilakukan hari ini. Masa depan manusia dan alam sekitar yang
cemerlang sebenarnya terletak pada corak kehidupan yang kita amalkan sekarang
(Abu Bakar 1998).
Justeru, melalui amalan etika alam sekitar yang disarankan oleh
al-Quran adalah sebaik-baik panduan untuk manusia berinteraksi dengan
persekitaran sejagat sekiranya manusia ingin bebas dari ancaman dan tindak-balas
berbalik oleh persekitaran seperti kejadian tanah runtuh dan
sebagainya.
Rujukan
Abdul Monir Yaacob. 1998. Manusia. Dlm. Abu Bakar Yang (pnyt.), Alam sekitar anugerah Tuhan: 95-100.
Kuala Lumpur : Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains dan Teknologi &
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Abu Bakar Abdul Majeed. 1998. Alam sekitar. Dlm. Abu Bakar Yang
(pnyt.), Alam sekitar anugerah Tuhan:
1-12. Kuala Lumpur : Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains dan Teknologi
& Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Jamaluddin Md Jahi. 2000. Pengurusan alam sekitar di Malaysia : Isu
dan cabaran. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.), Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan
cabaran. Bangi. 9 - 29.
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Persekitaran fizikal dan keperluan
manusia: antara undang-undang, pengurusan dan kekangan. Seminar FSKK Ke-3:
Peranan ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan dalam pembangunan negara.
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, 10-19
Ogos.
Mohd Bustaman Abdul Aziz. 1997. Al-Quran, manusia dan alam sekitar:
61-61. Majalah Backbench. Kuala
Lumpur.
Mohd Bustaman Abdul Aziz, Samsu Adabi Mamat. 2001.Al-Quran, Manusia,
Dan Falsafah
Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zaini Ujang. 1993. Islam dan alam sekitar. Dlm. Zaini Ujang, Seyyed
Hossein Nasr & Ziauddin Sardar, Islam
dan alam sekitar: 1-49. Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar.
Zakaria Awang Soh. 1991. Kecanggihan alam semester: antara wahyu
dengan pengetahuan sains. Siri Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti
Kebangsaan Malaysia, 19 Februari. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
abdullah sani bin
mohd zin A 126639
MANUSIA dAN Alam
Sekitar :
hubungannya dari perspektif islam
Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “ Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk
kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan
tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi)
sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang
ternakan kamu “. Nabi Muhamad S.A.W pula bersabda yang bermaksud : “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan
melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan “. (Hadis
riwayat Muslim). Alam sekitar aset paling bernilai dianugerahkan Allah S.W.T
kepada manusia dan seharusnya dimanfaatkan dengan penuh hemah. Dengan hamparan hutan menghijau, sungai
membekalkan sumber air, bukit-bukau dan gunung-ganang terpacak kukuh memukau
mata memandang. Demikian indahnya khazanah
alam ciptaan Allah untuk manusia agar dapat melalui kehidupan di dunia dalam
aman sejahtera dan tenteram jiwa. Namun, arus pemodenan dan pembangunan sudah
menghanyut dan melalaikan manusia sehingga sewenang-wenangnya menodai sumber
alam tanpa memikirkan akibatnya. Contohnya sungai, jika dulu ia menjadi sumber
kehidupan, malah faktor sungai mewujudkan tamadun awal dunia. Tamadun Mesir
terbina lantaran adanya sungai Nil yang menjadi pembekal sumber air dan sumber
protin kepada penduduknya. Begitulah juga sungai Nil menjadi penghubung penting
sama ada menghubungkan kawasan pedalaman atau luar. Di negara kita pun apa
kurangnya dengan tamadun di Lembah Bujang, Kedah, yang wujud kerana faktor
sungai. Itu semua tinggalan sejarah. Sungai sekarang menjadi ‘lokasi utama’
untuk membuang sampah dan sisa pepejal yang mengundang pencemaran yang
mengancam ekologi kehidupan air. Air sungai menjadi tidak selamat lagi untuk
diminum, malah kadar toksiknya menyebabkan pelbagai penyakit. Lantaran
kroniknya keadaan sungai di negara kita, pada 1993 kerajaan melancarkan Kempen Cintai Sungai Kita untuk
menyedarkan masyarakat agar sentiasa peka dan menjaga kebersihan sungai demi
kesihatan dan generasi akan datang. Bagaimana kesannya kempen berkenaan? Adakah
ia banyak menginsafkan rakyat Malaysia mengenai kesan buruk jika sungai kotor
dan penuh bahan toksik? Jika kita perhatikan secara teliti, kempen itu
seakan-akan bergerak di sebelah pihak saja, maksudnya kerajaan dan beberapa
syarikat swasta atau badan bukan kerajaan yang bersungguh-sungguh
menjayakannya, sedangkan masyarakat memandang ringan sahaja. Kerajaan
memperuntukkan jutaan ringgit untuk membaik pulih dan memelihara sungai supaya
bersih dan selamat digunakan sedangkan masyarakat dan sesetengah kilang
memusnahkan kembali sungai. Sisa toksik dan pepejal kilang dengan mudah
disalurkan ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Pelbagai akta digubal dan
dikuatkuasakan demi menjaga kebersihan alam sekitar, termasuk sungai, namun apa
yang ketara berita pencemaran sungai masih berlaku. Inilah akibatnya jika
manusia hanya nampak aspek keuntungan yang bersifat sementara, tetapi kesan
jangka panjang tidak diambil kira. Di sini jelas menampakkan kurangnya
kerjasama dan keprihatinan rakyat dalam menjaga kebersihan sungai. Langkah
pembetulan sikap dan anjakan minda seharusnya digiatkan terhadap semua pihak
supaya sungai kekal bersih dan boleh digunakan dengan selamat. Malah, sungai
bersih dan indah akan menjadi tarikan pelancong, tetapi jika kotor dan penuh
sampah-sarap ia menggambarkan sikap buruk masyarakat kita di mata pelancong
luar. Justeru,
sikap tidak cakna menjaga kebersihan sungai mesti dipulihkan segera. Khazanah
hutan turut mengalami nasib sama. Apa yang terjadi memang menyedihkan apabila
kawasan hutan belantara semakin digondolkan demi mengaut keuntungan lumayan. Penebangan
balak secara besar-besaran tanpa kawalan dan tanpa pendekatan pemuliharaan yang
baik boleh melenyapkan warisan negara yang amat bernilai. Hidupan liar akan pupus akibat kerakusan
manusia. Kita tahu negara ada kawasan hutan diwartakan sebagai Taman Negara dan
Hutan Simpan tetapi kawasan hutan yang lain seharusnya dikawal supaya spesies
hidupan liar berada di habitat sepatutnya dan sentiasa kekal membiak demi
ekologi hutan. Hutan rimbun menghijau menjadi lokasi pelancongan sangat digemari
pelancong, sekali gus menjadi sumber ekonomi kepada Malaysia. Kita tidak mahu
melihat lagi seperti dilaporkan dalam akhbar di kawasan Hutan Simpan Rimba
Teloi, Kedah, baru-baru ini. Ia
diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dan beratus-ratus pokok balak, termasuk
kayu berkualiti ditebang. Kejadian itu menggambarkan sikap buruk sesetengah
pihak yang tidak mengendahkan undang-undang dan bertindak menurut nafsu serakah
untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk kepada ekologi hutan dan
habitat hidupan liar di kawasan itu. Banjir dan kejadian tanah runtuh banyak
disebabkan faktor hutan diteroka tanpa mengikut garis panduan. Lantas, kawasan
tadahan hujan menjadi semakin mengecil dan kemudian memudahkan aliran air
merebak ke kawasan lain. Walaupun negara kita sudah ada Jabatan Perhutanan dan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kesedaran
rakyat mengenai kepentingan hutan dan hidupan liar harus digembleng secara
proaktif untuk mewujudkan rakyat yang mencintai khazanah alam sekitar. Satu
lagi tabiat buruk mengganggu alam sekitar ialah sikap membuang sampah di merata
tempat. Menurut kajian, umumnya setiap pengguna di Malaysia dianggarkan
mewujudkan 0.9 hingga 1 kilogram sampah-sarap atau sisa setiap hari. Pengguna
kita dianggarkan menjana lebih kurang 20 tan metrik sampah-sarap setiap tahun. Dalam
hal ini, senario sampah-sarap berselerak di merata kawasan tanpa mengendahkan
undang-undang yang terpampang pada papan tanda amaran menjadi pemandangan
lazim. Sikap begini seharusnya sudah lama pupus dalam diri setiap rakyat
Malaysia kerana negara sudah membangun. Usaha memupuk kesedaran wajar dimulakan
sejak usia muda, jadi ibu bapa mesti menjadi penggerak utama. Begitu juga di
sekolah, satu kurikulum perlu digubal sebagai mata pelajaran supaya generasi
pelapis negara dapat menanam sikap mencintai alam sekitar di jiwa
masing-masing. Kegiatan kokurikulum juga boleh dijadikan wadah berkesan dengan
menubuhkan kelab alam sekitar atau kelab pencinta alam. Ingatlah amaran Allah
dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33
yang bermaksud: “ Dan bumi sesudah itu
dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu
airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di
bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan
binatang ternakan kamu “. Nabi Muhamad S.A.W pula berpesan yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan
melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan “. (Hadis
riwayat Muslim). Memandangkan dunia sedang berdepan
dengan isu pemanasan global yang semakin serius masyarakat diharapkan dapat
menjadi pengguna yang perihatin terhadap alam sekitar. Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita
sebagai pengguna yang lestari? Setakat ini, tidak ramai yang begitu
menitikberatkan perkara seperti penjimatan elektrik, pembaziran tenaga,
pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih
rendah. Malah, mereka boleh dikatakan masih berada di peringkat awal dalam
meletakkan diri sebagai pengguna lestari. Amalan pengunaan lestari sebenarnya
amat mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna. Antaranya, mereka boleh berbelanja
secara berhemat, menjimatkan pengunaan sumber air, tenaga dan bahan bakar,
menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam
sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam. Untuk
menggalakkan amalan penggunaan lestari ini, masyarakat perlu belajar berbelanja
mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan anda. Sebaiknya, buat senarai
barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan. Satu
kemestian apabila membeli barangan ialah membaca lebel secara terperinci. Label
mengandungi maklumat asas seperti kandungan pemakanan, tarikh luput, logo-logo
berkaitan alam sekitar ataupun sama ada ia diperbuat daripada hasil bahan kitar
semula. Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol
atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula
dan dikitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Ketika
keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah.
Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan.
Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus
barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa
barangan tersebut. Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, anda
boleh menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik
yang tururt menjurus kepada amalan pengunaan lestari. Malah, cara ini bukan
sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun
perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga. Selain itu, pengguna
juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan
pengunaan kenderaan untuk ketempat-tempat yang berdekatan. Bercerita tentang
penjimatan ini, pengguna juga perlu mengambil kira pengunaan peralatan elektrik
di rumah kerana ia juga merupakan antara penyumbang utama kepada pembaziran
tenaga dan turut mempercepatkan pemanasan global. Mulakan dengan membeli
peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil
langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan
pemanasan global. Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti pengunaan
lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun
kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali
lebih lama berbanding mentol. Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja
dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan
kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan. Jadi, ubahlah sikap bermula hari
ini. Jadilah penguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi
memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.
RUJUKAN
Harian Metro, 4 Februari 2009
Utusan Malaysia
ALAM SEKITAR
Alam
sekitar aset paling bernilai dianugerahkan Allah S.W.T kepada manusia dan
seharusnya dimanfaatkan dengan penuh hemah. Dengan hamparan hutan menghijau, sungai membekalkan sumber
air, bukit-bukau dan gunung-ganang terpacak kukuh memukau mata memandang. Demikian
indahnya khazanah alam ciptaan Allah untuk manusia agar dapat melalui kehidupan
di dunia dalam aman sejahtera dan tenteram jiwa. Namun, arus pemodenan dan
pembangunan sudah menghanyut dan melalaikan manusia sehingga sewenang-wenangnya
menodai sumber alam tanpa memikirkan akibatnya. Esei ini akan menerangkan kegiatan manusia yang merosakkan alam
sekitar dan tindakan yang perlu untuk mengatasi masalah ini.
Apa yang terjadi memang menyedihkan apabila
kawasan hutan belantara semakin digondolkan demi mengaut keuntungan lumayan. Penebangan
balak secara besar-besaran tanpa kawalan dan tanpa pendekatan pemuliharaan yang
baik boleh melenyapkan warisan negara yang amat bernilai. Hidupan liar akan pupus akibat kerakusan
manusia. Kita tahu negara ada kawasan hutan diwartakan sebagai Taman Negara dan
Hutan Simpan tetapi kawasan hutan yang lain seharusnya dikawal supaya spesies
hidupan liar berada di habitat sepatutnya dan sentiasa kekal membiak demi
ekologi hutan. Kita tidak mahu melihat lagi seperti dilaporkan dalam akhbar di kawasan
Hutan Simpan Rimba Teloi, Kedah, baru-baru ini. Ia diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dan beratus-ratus
pokok balak, termasuk kayu berkualiti ditebang. Kejadian itu menggambarkan sikap buruk sesetengah pihak
yang tidak mengendahkan undang-undang dan bertindak menurut nafsu serakah untuk
mencari keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk kepada ekologi hutan dan
habitat hidupan liar di kawasan itu. Banjir
dan kejadian tanah runtuh banyak disebabkan faktor hutan diteroka tanpa mengikut
garis panduan. Lantas, kawasan tadahan
hujan menjadi semakin mengecil dan kemudian memudahkan aliran air merebak ke
kawasan lain.
Satu lagi tabiat
buruk mengganggu alam sekitar ialah sikap membuang sampah di merata tempat. Menurut
kajian, umumnya setiap pengguna di Malaysia dianggarkan mewujudkan 0.9 hingga 1
kilogram sampah-sarap atau sisa setiap hari. Pengguna kita dianggarkan menjana
lebih kurang 20 tan metrik sampah-sarap setiap tahun. Dalam hal ini, senario
sampah-sarap berselerak di merata kawasan tanpa mengendahkan undang-undang yang
terpampang pada papan tanda amaran menjadi pemandangan lazim. Seringkali kita
lihat orang yang tidak bertanggungjawab ini gemar untuk membuang sampah
dicelah-celah pokok bunga, dalam pasu pokok bunga, dalam longkang dan
sebagainya. Pembakaran sampah secara terbuka turut menyumbang ke arah
kemusnahan alam sekitar. Contoh lain, orang ramai suka membuang sampah ke dalam
sungai. Kesannya ialah merosakkan sungai, membahayakan hidupan akuatik dan
boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku.
Langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kerosakan alam yang dilakukan oleh
manusia ialah berusaha membentuk masyarakat yang lestari. Amalan pengunaan
lestari sebenarnya amat mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna. Untuk
menggalakkan amalan penggunaan lestari ini, masyarakat perlu belajar berbelanja
mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan
anda. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan
hanya bila ia diperlukan. Satu kemestian apabila membeli barangan ialah membaca
label secara terperinci. Label mengandungi maklumat asas seperti kandungan
pemakanan, tarikh luput, logo-logo berkaitan alam sekitar ataupun sama ada ia
diperbuat daripada hasil bahan kitar semula. Apabila membeli, lihat pada
pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang
menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula. Cara ini
dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Ketika keluar membeli-belah juga
amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik
terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan. Sebabnya, salah satu daripada
sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli
termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut. Mungkin
tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, anda boleh menanam sendiri
sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang turut
menjurus kepada amalan pengunaan lestari. Malah, cara ini bukan sahaja dapat
memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak,
tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Selain itu,
pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan
pengunaan kenderaan untuk ketempat-tempat yang berdekatan. Bercerita tentang
penjimatan ini, pengguna juga perlu mengambil kira pengunaan peralatan elektrik
di rumah kerana ia juga merupakan antara penyumbang utama kepada pembaziran
tenaga dan turut mempercepatkan pemanasan global. Mulakan dengan membeli
peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil
langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan
pemanasan global. Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti pengunaan
lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun
kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali
lebih lama berbanding mentol.
Kesimpulannya,
manusia diperlukan untuk memelihara alam sekitar bukan untuk memusnahkan alam
sekitar. Janganlah kita sebagai manusia yang berakal terlalu mengikut nafsu
sehingga melupakan kepentingan alam sekitar. Peliharalah alam sekitar untuk
generasi akan datang. Sekiranya telah berlaku kerosakan alam sekitar, segeralah
ambil langkah-langkah untuk memulihara alam sekitar . Sekiranya semua ini
diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih
sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan. Jadi,
ubahlah sikap bermula hari ini. Jadilah pengguna yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan
datang.
RUJUKAN
Harian Metro, 4 Februari 2009
http://www.utusan.com.my
Utusan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)




