Wednesday, October 14, 2015


1 Muharram 1437 Hijri / 14 Oktober 2015 Masihi
Salam Maal Hijrah




Monday, October 12, 2015



Abdullah Sani Bin Mohd Zin
Murid Tua 59 Tahun @ UPM Doctoral Student
Semester  5 Sesi 2016/2017
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang

Alumni UKM 2012 
Alumni UKM 2014

Wednesday, October 7, 2015


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1 Muharram 1437Hijri
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1436H ; Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Adalah dengan segala hormat dan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Isteri saya (Darling) Fuziah Binti Anang kini berada di MAKKAH TUL MUKARRAMAH. Beliau telah bertolak jam 11.10 pagi 18/09/2015 dari KLIA – Singapore – Jeddah @ Makkah tul Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah. In shaa ALLAH, beliau akan kembali semula dari Jeddah – KLIA pada jam 1.00 tengahari 21/10/2015. 
Semoga Isteri saya (Darling) 
akan memperolehi ibadah Haji Mabrur, 
In shaa ALLAH.

DOA BUAT DARLING FUZIE
Ya Allah, ampunilah kami.
Terimalah taubat kami.
Terimalah kedatangan kami sbg tetamuMu.
Permudahkanlah perjalanan kami
dari Mekah ke Arafah.
Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. 
Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami memikulnya..
Pelihara dan beri kami kesihatan terbaik,
Sihatkan tubuh badan, fizikal dan mental kami.
Tenangkan hati dan perasaan kami.
Jadikn lidah kami lidah yang sentiasa bertalbiah kepadaMu sepanjang masa.
Ya Allah, mudahkan urusan kami ketika berada di Arafah.
Berikan kesegaran badan untuk kami beribadah.
Pmudahkanlah segalanya buat kami di sana..
Ya Allah, tetapkan hati kami untuk mngingatiMu.
Berilah perasaan ni’mat kpd kami melakukn ibadah.
Kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah.
Jauhilah kami daripada bersembang, 
menghabiskan masa dan membazir waktu.
Jgn kami mnjadi insan yg lalai & leka..
Ya Allah, semasa wukuf nanti,
berikanlah ruang yg baik untuk kami bwirid & bdoa,
Segarkn badan kami,
hilangkn rasa mngantuk kami,
Pelihara kesihatan kami..
Dan Kau izinkanlah kami Ya Allah,
untuk beramal ibadah dari gelincir matahari sehinggalah terbenam matahari.
Kau makbulkanlah semua doa2 kami..
Amin amin ya rabbal alamiin..

MAY ALLAH TA'ALA AWARD IBADAH HAJI MABRUR TO YOU SIR 
AND ALL AL BALAD HAJJ PILGRIMS.
HEARTIEST APPRECIATIONS AND CONGRATULATIONS
TO MY DEAREST BELOVED
YDH TUAN HAJI HASNULHADI BIN MUSA .
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ALHAMDULILLAH, syukur masih diberikan rezeki dan usia. 
Semoga ini menjadi inspirasi baru dalam meningkat keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA. Tiada hadiah istimewa kecuali iringan doa 
semoga ALLAH TA’ALA sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya 
dalam segala urusan kehidupan. IN SHAA ALLAH.
Dirakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih diatas budi baik Tuan dan pihak Tabung Haji Malaysia yang telah memberikan kelulusan dan perkhidmatan keatas permohonan Haji yang dikemukakan oleh Isteri saya iaitu Fuziah Binti Anang.
May ALLAH TA'ALA always award blessings to you Sir 
and your beautiful family including all Al Balad employee.

Tulus ikhlas dari
Abdullah Sani Bin Mohd Zin

Murid Tua 58 Tahun 
@ UPM Post Doctoral Student
Semester 3 
Sesi 2015/2016 
Universiti Putra Malaysia, 
43400 Serdang

Thursday, September 24, 2015

HAJJ 1436 Hijri / 2015 Masihi

 Official : Lembaga Tabung Haji
MAKLUMAT TERKINI KEJADIAN REMPUHAN DI MINA

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Rentetan daripada tragedi di Mina, saya ingin menyampaikan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut. Setelah dibuat semakan di tujuh (7) maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd, tiada jemaah haji yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi.

Saya ingin makkumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Kita mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat. Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia.

Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

24 SEPTEMBER 2015, JAM 3.40 PETANG

#haji1436H





    HAJJ 1436H. Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 dan Maaf Zahir Batin.

    Syukur ALHAMDULILLAH, Darling saya , Adinda Fuziah Binti Anang kini berada di Mudzdalifah meninggalkan Padang Arafah Mina Makkah tul Mukarramah menunaikan tanggungjawab melakukan Ibadah Haji. Semoga Darling dipermudahkan urusan ibadah haji beliau oleh ALLAH TA'ALA dan beliau akan memperolehi ibadah haji Mabrur. In shaa ALLAH.

    Saya telah menunaikan ibadah Solat Sunat Eidul Adha 1436 Hijri bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya bersama Anakanda Dr. Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ir. Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa. Kami bertiga beranak ke masjid bersama-sama menaiki kenderaan baharu milik Adek.

    Manakala buah hati kesayangan Datuk (Cucu) iaitu Arina , Anakanda Dr. Siti Fatimah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ar. Muntaha Bin Tasarib telah pulang ke Johor untuk berhari raya korban.

    In shaa ALLAH Darling saya akan selamat kembali dari Jeddah - KLIA pada hari Selasa jam 1.00 tengahari 21/10/2015

    Saturday, September 19, 2015

    HAJI 1436 / 2015



     

    Hari ini dalam sejarah , Jumaat : Ucapan selamat jalan dan selamat pulang ke tanah air. Semoga DARLING dikurniakan kesihatan yang baik dan memperolehi haji yang mabrur. KLIA - Changi Singapore - Jeddah . Darling berangkat 18/09/2015 jam 11.10 pagi, In shaa ALLAH . Flight MI323 dan Saudia SV837. Pulang 21/10/2015 jam 1.00 tengahari Jeddah - KLIA dengan flight Saudia SV832, In shaa ALLAH. Anakanda Menantu Ahmad Faizal , Anakanda Siti Aishah , Darling Fuzie , Anakanda Siti Fatimah dan Anakanda saudara di KLIA, Departure Hall, Level 5 

    Wednesday, July 29, 2015

    Suasana Hari Raya Aidilfitri 2015 / 1436 Hijri di Bandar DiRaja Muar. Bersama Darling dan anakanda Puan Noor Adiba Binti Abdul Rashid (alumni Kolej Tun Hussein Onn , Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, beliau bertugas selaku Pegawai Tadbir Gred N41 di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim)


    Wednesday, July 15, 2015

    Dear Tuan / Puan, 
    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Semua para sahabat , saya Abdullah Sani Bin Mohd Zin ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terlanjur bahasa atau terdapat salah silap dari saya. 

    Saya juga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. 

    Saya beraya di Muar dan Bandar Baru Bangi saja, kalau ada kawan kawan yang datang ke Bandar Baru Bangi singgahlah ke rumah. Salam hormat dari saya 
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student
    Semester 3
    Sesi 2015/2016

    Sunday, April 5, 2015


    ABDULLAH SANI BIN MOHD ZIN
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student
    Semester 3  Sesi 2015/2016
    Doctor of Philosophy (Politics and Government)
    Faculty of Human Ecology
    University of Putra Malaysia

    Wednesday, March 25, 2015



    Abdullah Sani Bin Mohd Zin
    Murid Tua 58 Tahun
    @ UPM Post Doctoral Student 
    Doctor Of Philosophy 
    (Politics And Government) 
    Universiti Putra Malaysia 
    Semester 3, Sesi 2015/2016



    Syukur ALHAMDULILLAH tahun ini meraikan ulang tahun perkahwinan. Tarikh 02 April 2015 - 13 April 2015 : Anak menantu ke 2 saya, Ir. Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa akan turut berada di London bersama-sama Arina. Semoga perjalanan anggota keluarga saya ini yang akan ke United Kingdom, Scotland dan France bersama-sama Arina akan sentiasa didalam perlindungan dan rahmat serta keberkatan ALLAH TA'ALA. In shaa AALAH. 36th Wedding Anniversary dengan Darling (06/04/2015 - 06/04/1979) akan diraikan berdua di kediaman Bangi. Datuk akan "Skype" nanti ketika Arina berada di London, In Shaa ALLAH. ARINA, Ummi dan Ayah pula akan bertolak ke United Kingdom untuk menziarahi Ummi Chu Dr. Siti Aishah yang bakal menamatkan pengajian postgraduatenya pada Sepember 2015 di Queen Mary University Of London

    Wednesday, January 21, 2015



    Syukur ALHAMDULILLAH, Anakanda SITI AISHAH telah berangkat pulang ke London pada hari Ahad jam 8.10 malam 18/1/2015 dengan penerbangan EY411 Etihad Airways dan transit di Dubai. Beliau telah menyambung semula pengajian post graduatenya di Queen Mary University Of London

    Wednesday, January 7, 2015


    In shaa ALLAH. Syukur ALHAMDULILLAH

    Syukur ALHAMDULILAH , majlis reception (walimatul urus) anakanda Siti Aishah Binti Abdullah Sani telah selamat berlangsung pada 27/12/2014. 

    Dirakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan begitu juga kepada semua petugas yang telah membantu. 

    Syukur ALHAMDULILLAH , Anakanda SITI AISHAH telah berangkat pulang ke London pada hari Ahad jam 8.10 malam 18/1/2015 dengan penerbangan EY411 Etihad Airways dan akan transit di Dubai. Beliau telah menyambung semula pengajian post graduatenya di Queen Mary University Of London. IN SHAA ALLAH beliau akan tamat pengajiannya di London pada bulan September 2015.

    Arina cucuanda kesayangan Datuk turut jadi Flower Girl. 

    Saya merakamkan kesyukuran ALHAMDULILLAH atas majlis walimatul urus pengantin perempuan anakanda Siti Aishah yang telah selamat berlangsung. 

    Didoakan agar pasangan pengantin Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan suami Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa beroleh keberkatan bahagia panjang jodoh sehingga ke Akhirat. Juga didoakan agar pasangan pengantin ini berkekalan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.