Thursday, September 24, 2015
HAJJ 1436H. Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 dan Maaf Zahir Batin.
Syukur ALHAMDULILLAH, Darling saya , Adinda Fuziah Binti Anang kini berada di Mudzdalifah meninggalkan Padang Arafah Mina Makkah tul Mukarramah menunaikan tanggungjawab melakukan Ibadah Haji. Semoga Darling dipermudahkan urusan ibadah haji beliau oleh ALLAH TA'ALA dan beliau akan memperolehi ibadah haji Mabrur. In shaa ALLAH.
Saya telah menunaikan ibadah Solat Sunat Eidul Adha 1436 Hijri bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya bersama Anakanda Dr. Siti Aishah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ir. Ahmad Faizal Bin Haji Mustafa. Kami bertiga beranak ke masjid bersama-sama menaiki kenderaan baharu milik Adek.
Manakala buah hati kesayangan Datuk (Cucu) iaitu Arina , Anakanda Dr. Siti Fatimah Binti Abdullah Sani dan Anakanda Menantu Ar. Muntaha Bin Tasarib telah pulang ke Johor untuk berhari raya korban.
In shaa ALLAH Darling saya akan selamat kembali dari Jeddah - KLIA pada hari Selasa jam 1.00 tengahari 21/10/2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment