Wednesday, December 19, 2012
Wednesday, October 31, 2012
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Shukran dan JazakALLAH kepada seluruh pensyarah sejak 28/6/2009 hingga 30/8/2012. Kini sambung semula sebagai postgraduate student di UKM Bangi mulai 8/9/2012 mengikuti kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) didalam semester 1 sesi akademik 2012/2013. May ALLAH TA'ALA always award blessing to all my UKM Academicians, UKM Officers, UKM Teachers, UKM Lecturers and UKM Associate Professors. My sincerest appreciations and thankfullness.
Saturday, October 13, 2012
Monday, July 16, 2012
Penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM)
sebagai universiti wakaf kini berada di peringkat akhir dan kertas cadangannya
akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
penubuhan itu telahpun mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, cuma antara yang
masih diperhalusi adalah sama ada ia diletakkan di bawah institusi pengajian
tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). "Kalau IPTS tentunya kita faham
agak mudah untuk direalisasi cuma untuk IPTA ada beberapa perkara yang perlu
dibincangkan seperti sama ada ia harus ditadbir sepenuhnya oleh Kementerian
Pengajian Tinggi atau berada di bawah naungan Majlis Raja-Raja," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan seminar 'Wakaf Menjana Ekonomi' di Putrajaya
Isnin. Bernama melaporkan turut hadir Pengerusi Majlis UIM Tan Sri Dr Mohd
Yusof Noor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman
Mustapha dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Datuk Anan
C. Mohd. Jamil Khir berkata penubuhan universiti itu diasaskan daripada Kolej
Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan hasil wakaf orang ramai dan Sultan Selangor
pada masa itu Sultan Hisamuddin Alam Shah selepas perang dunia kedua.-16/7/2012
Graduan
Cina dapat manfaat
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17/7/2012
KUALA LUMPUR 12 Julai - Seramai 12,529 peminjam
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh ijazah
sarjana muda dengan kepujian kelas pertama dikecualikan daripada pembayaran
balik pinjaman. Keputusan itu menyaksikan PTPTN melupuskan RM359.3 juta hutang
pinjaman mereka dengan pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu
seramai 9,293 orang dikecualikan pembayaran balik kerana mencatatkan pencapaian
akademik cemerlang. Pelajar Melayu yang dikecualikan bayaran balik adalah
seramai 2,608 orang diikuti India (476 pelajar), bumiputera Sabah (51 pelajar),
bumiputera Sarawak (39 pelajar) dan lain-lain (62 pelajar). Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan juga telah
bersetuju pada 15 Jun lalu untuk meluluskan pengecualian sama ke atas 4,430
graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009. "Mereka ini peminjam
kategori sama (ijazah kelas pertama) dan dengan persetujuan baru itu, PTPTN
akan melupuskan pinjaman mereka berjumlah RM116 juta," katanya menjawab
soalan Senator Lee Cheam Choon di Dewan Negara hari ini. Terdahulu, beliau
mengulangi pendirian kerajaan yang tidak bercadang memberi pendidikan secara
percuma di peringkat universiti walaupun pembangkang menjadikan isu tersebut
sebagai usaha 'populis' untuk memancing undi. Katanya, sehingga kini komitmen
PTPTN untuk membantu pelajar cukup besar iaitu berjumlah RM48 bilion dan bagi
kerajaan, bantuan pinjaman melalui badan tersebut adalah sistem yang paling
cekap. Sementara itu ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Nget Yoon
yang ingin tahu jumlah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan
kursus perubatan, Kok Chung berkata, terdapat 21 IPTS berbuat demikian di
seluruh negara. "Bagi memastikan kelayakan pensyarah-pensyarah di IPTS ini
pula, hanya pensyarah yang berkelayakan dilantik dan mereka perlu memiliki
permit mengajar yang disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.
Tuesday, July 3, 2012
Friday, June 29, 2012
Friday, April 20, 2012
Tuesday, April 17, 2012
SYUKUR ALHAMDULILLAH dan ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia iaitu Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang telah membiayai perjalanan saya pada tahun 1984 dimana pada masa tersebut negarawan ulung YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia. Foto Atas Berada di Mount Blanc, ITALY ; Foto Tengah Berada di Heathrow Airport, ENGLAND ; Foto Bawah Berada di Milan, ITALY.
Subscribe to:
Posts (Atom)