Saturday, January 21, 2012

Cucu Datuk sedang belajar swimming

Tuesday, January 17, 2012

Arina bersama Ummie

Monday, January 16, 2012


TAJUK  TUGASAN

Samuel P. Huntington; 'The Clash of Civilization'


DISEDIAKAN  OLEH

ABDULLAH SANI BIN MOHD ZIN 
NO. MATRIKS  A 126639



PENSYARAH  @  PENYELARAS  KURSUS

PROFESOR  MADYA  DR.  HAMZAH  BIN  JUSOH
PROFESOR  MADYA  DR.  JALALUDDIN BIN ABDUL MALEK
DR.  AZMI  BIN AZIZ



TARIKH / MASA KULIAH  @  TUTORIAL 
HARI   RABU
JAM  10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI





PENGENALAN

the principal conflicts of global politics will occur between nations, and group of different civilizations‑the clash of civilizations will dominate global politics
(Samuel P. Huntington; 'The Clash of Civilization')

Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (USA) ini ada hubungannya dengan apa yang dinyata­kan oleh Samuel P. Huntington; 'The Clash of Civilization' iaitu selepas berakhirnya Perang Dingin pada 1989! 1991 tidak akan berlaku lagi konflik berasaskan ideologi (merujuk kepada apa yang ber­laku sebelum ini iaitu konflik di antara ideologi komunis‑sosialis dan demokrasi‑kapitalis) tetapi apa yang akan berlaku adalah konflik disebabkan oleh pertembungan civilization (dengan meru­juk kepada lapan tamadun utama iaitu; Confucious, Jepun, Hindu, Barat‑Kristian, Islam, Slavic‑Ortodox dan Latin Amerika, tetapi yang paling mungkin berlaku clash dan konflik adalah di antara tamadun Barat dan tamadun Islam.

Konflik bukan lagi faktor ideologi atau ekonomi seperti yang berlaku semasa era Perang Dingin, tetapi “the principal conflicts of global politics will occur between nations, and group of different civilizations‑the clash of civilizations will dominate global politics”. Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa 11 September itu boleh dianggap sebagai satu titik penting dalam pertembungan tamadun seperti yang dikemukakan oleh Huntington; ini kerana sehari selepas peristiwa itu berlaku tanpa penelitian dan kajian yang mendalam, George Bush terus menuduh bahawa yang bertanggungjawab ke atas peristiwa 11 September adalah al-­Qaeda. Seolah‑olah satu tuduhan atau perancangan awal telah ada dalam pemikiran George Bush. Perdana Menteri Great Britain, Tony Blair juga telah mengikut pandangan George Bush yang mendakwa al‑Qaeda bertanggungjawab (walaupun sebelumnya Tony Blair mempunyai pandangan yang sedikit berbeza iaitu perlu kajian bagi memas­tikan pihak mana / siapa yang bertanggungjawab). Dalam masa yang begitu singkat iaitu pada 7 Oktober 2001, perang ke atas Afghanistan dilancarkan oleh Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya. Apa matlamat sebenar serangan itu?

Sokongan sekutu NATO semakin kurang dan ada yang menarik diri, dan akan mengurangkan bilangan tentera, misalnya Great Britain akan meningkatkan bilangan tentera tambahan jika pen­tadbiran Afghanistan bersetuju meningkat bilangan tentera Great Britain. Tambahan tentera yang akan dilaku­kan hanya seramai 500 orang sahaja. Beberapa buah negara anggota NATO seperti Belanda dan Denmark telah menyatakan keengganan menambah lebih banyak anggota tenteranya. Anggota sekutu yang lain seperti Australia (yang menghantar seramai 50 tentera) juga menyatakan akan menamatkan perkhidmatan tenteranya. Ini agak bertentangan dengan dasar Amerika Syarikat (USA) yang akan menambah anggota tenteranya.

Kebangkitan dan sokongan rakyat Afghanistan terhadap perjuangan Taliban semakin meningkat. Persoalan kelengkapan senjata tidak menjadi masalah besar bagi mereka. Mereka sanggup berjuang menggunakan senapang patah dan senjata‑senjata lain yang bersifat tradisional.

Tekanan daripada rakyat Amerika Syarikat (USA) dan negara‑negara Eropah supaya menghentikan peperangan semakin meningkat.

Lima senarai di atas hanya sebahagian daripada bebanan dan tekanan yang sedang dihadapi oleh pimpinan Amerika Syarikat (USA) di bawah Presiden Barack Obama. Obama menegaskan bahawa perang Afghanistan adalah sangat penting bagi Amerika Syarikat (USA) dan dunia (Barat). Oleh itu ia mesti diteruskan dalam apa jua kead­aan. Beratnya cabaran perang di Afghanistan pernah juga disu­arakan oleh Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen. Bagi Rasmussen perang di Afghanistan adalah cabaran yang pal­ing kompleks yang pernah dihadapi NATO, tetapi ia sangat perlu diteruskan bagi menghalang Afghanistan menjadi pusat Taliban dan penguasaan al‑Qaeda. Bilangan tentera akan sentiasa ditam­bah bagi memastikan Afghanistan tidak jatuh kepada Taliban dan al-Qaeda. Bilangan anggota tambahan seramai 17,000 pada awal pentadbirannya adalah tidak mencukupi. Pimpinan baru tentera hingga kini. Sejak 2007 angka kematian tinggi kepada lebih 200 orang, lebih kurang 300 orang (2008) dan mencecah angka 400 orang kematian hingga 14 Oktober 2009.

Dalam memahami proses kejatuhan dan kebangkitan sese­buah kuasa baru, ia harus dilihat melalui proses sejarah silam yang telah berlaku. Pihak Amerika Syarikat (USA) tidak akan mengakui akan kelemahan dan proses kejatuhan kuasa dan kelemahan yang sedang dialaminya. Pihak Soviet Union (USSR) juga cuba bertahan daripada mengaku kalah mulai 1979 hingga 1989, dan terpaksa berundur setelah benar‑benar tenat dan terbukti gagal mempertahankan diri. Dengan apa yang ditang­gung oleh pihak Soviet Union (USSR) di Afghanistan juga membawa kepada kemus­nahan ekonomi dan menjadi salah satu punca kepada keruntuhan empayar Kesatuan Soviet (USSR) pada Disember 1991. Ia mengambil masa yang agak lama iaitu kelemahannya mula dirasakan ketika Mikhail Gorbachev mengambil alih teraju pentadbiran Soviet pada 1984 dalam keadaan yang sangat tenat. Dasar yang dilaksanakan Gorbachev, 'Glasnost' dan 'Prestroika' adalah bagi memperbaiki kedudukan ekonomi dan politiknya yang lemah telah membawa keruntuhan Soviet Union (USSR).

Tiada siapa yang boleh meramalkan bahawa Soviet Union (USSR) sebagai sebuah kuasa besar akan runtuh dalam masa yang begitu cepat. Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan dan kehancuran empa­yar Soviet Union (USSR) mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan peperangan yang bermula pada 1979 hing­ga 1988. Perbelanjaan peperangan di Afghanistan yang terpaksa ditanggung oleh Soviet Union (USSR) sangat besar.

Apa yang dialami Soviet Union (USSR) di bumi Afghanistan sedekad lalu kini sedang dialami oleh Amerika Syarikat (USA). Amerika Syarikat (USA) tidak pasti dan darjah keyakinan agak rendah bahawa ia akan menang di Afghanistan. Amerika Syarikat (USA) meng­hadapi tekanan dan bebanan yang sangat berat kini. Di antara bebanannya: Beban tanggungan belanja perang semakin meningkat. Perbelanjaan perang dengan pihak Taliban semakin meningkat dari tahun ke tahun sejak 2003 hingga sekarang. Perbelanjaan peperangan bagi 2002 sahaja adalah US$20 bilion iaitu lebih besar daripada perbelanjaan bagi 2003 (tidak mencecah US$20 bilion), tetapi terus meningkat dari 2003 hingga kini. Bilangan tentera Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya yang meninggal dunia semakin tinggi. Angka kematian sentiasa meningkat dari 2002.

Peralatan perang serta senjata yang jauh lebih canggih berband­ing dengan apa yang dimiliki oleh pihak Taliban. Ini telah banyak dibuktikan daripada pengalaman perang yang telah berlaku sebelum ini. Pihak Amerika Syarikat (USA) telah mengalami keadaan yang sama di Indo‑China dalam Perang Vietnam Pertama 1946‑1954 dan Perang Vietnam sejak 1960‑an hingga kekalahan Amerika Syarikat (USA) pada April 1975 yang terpaksa menyerah kepada pihak komunis Vietnam Utara. Keadaan yang sama dialami oleh Soviet Union (USSR) dalam perang melawan tentera Mujahiden Afghanistan dari 1979 hingga terpaksa menyerah kalah pada 15 Februari 1989. Dari sini dapat kita nyatakan bahawa selain daripada kekuatan fizikal seperti senjata canggih, semangat serta keyakinan tentera adalah sangat penting dalam memenangi sesuatu peperangan. Dalam kes tentera Mujahiden Afghanistan melawan Soviet Union (USSR), semangatnya adalah jelas iaitu mempertahankan agama serta kedaulatan tanah air daripada pencerobohan musuh kafir berideologi komunis yang jelas bertentangan dengan agama Islam. Perjuangan tentera Mujahiden dan matlamat mereka adalah jelas berjuang sampai berjaya menghalau keluar tentera Soviet Union (USSR) dan sekutu dalamannya yang berideologi komunis atau kalau ditakdir­kan mati syahid; tentera Mujahiden yakin bahawa mereka tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah serta diberikan tempat yang lebih baik di dalam syurga.

Sebenarnya semangat dan tujuan perjuangan tentera Soviet Union (USSR) dan tentera Amerika Syarikat (USA) dan sekutu NATO itu tidak jelas sebagaimana per­juangan tentera Taliban dan Mujahiden. Ramai daripada mereka diarah datang untuk berperang kerana peperangan ini bagi kepe­mimpinan Amerika Syarikat (USA) (di bawah George Bush dan Barack Obama) adalah satu peperangan yang penting bagi menghapuskan Taliban dan al‑Qaeda. Ini difahamkan oleh kepemimpinan Amerika Syarikat (USA) bahawa sangat penting bagi keamanan sejagat serta ia mempunyai hubungan rapat dengan peristiwa 11 September 2001. Osama Bin Laden mesti ditangkap kerana dia yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu. Benarkah Osama bertanggungjawab terhadap peristiwa tersebut? Atau lebih jauh lagi benarkah peristiwa 11 September itu sebagaimana versi yang Amerika Syarikat (USA) hebahkan kepada dunia?

Apakah benar al‑Qaeda itu bersalah kalau benar mereka ber­salah, Amerika Syarikat (USA) dan NATO, Jeneral Stanley McChrystal akan sentiasa meminta bilangan tentera yang semakin besar. Pada awal Disember 2009 Presiden Amerika Syarikat (USA) Barack Obama telah memutuskan akan menghantar seramai 30,000 lagi anggota tambahan ke Afghanistan secepat mungkin.

Dari sudut yang lain pihak Amerika Syarikat (USA) melihat perlunya mengu­kuhkan dan meningkatkan kekuatan tentera dan keselamatan Afghanistan dengan meningkatkan bilangan tentera dan polis daripada kalangan penduduk tempatan sendiri. Ini lebih murah dari segi kos berbanding dengan membawa masuk tentera dari luar [dari Amerika Syarikat (USA) dan negara‑negara sekutu Eropah], dan ada kesan positif dari sudut yang lain. Bilangan tentera daripada kalangan penduduk tempatan akan ditingkatkan daripada 80,000 kepada 134,000 anggota menjelang 2011, dan ada sesetengah pihak menca­dangkan sehingga 250,000 anggota. Dalam masa yang sama ang­gota polis dari kalangan rakyat tempatan juga akan ditingkatkan kepada jumlah yang lebih besar daripada yang ada sekarang.

Benarkah bilangan tentera yang menjadi masalah utama dalam memenangi peperangan yang sedang dihadapi? Atau masa­lah struktur dalaman tentera dan semangat jihad tentera Taliban yang tidak pernah takut mati demi perjuangan. Tentera Taliban berjuang dengan penuh berani demi agama. Kematian dalam berjuang menentang Amerika Syarikat (USA) tidak pernah dianggap mati, tetapi hidup yang lebih baik di sisi Tuhan (dan menjadi cita‑cita untuk mati sya­hid); tetapi sebaliknya tentera-tentera Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya berperang dengan penuh perasaan takut, tidak ada semangat juang yang tinggi dan langsung tidak mempunyai tujuan dan matlamat kenapa mereka harus berperang di bumi Afghanistan. Bilangan tentera dan kecanggihan senjata tidak benar‑benar menjadi satu faktor penting kerana pernah dalam siri peperangan tentera Taliban hanya meng­gunakan senapang patah dan kapak tua dalam melawan tentera Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya, tetapi berjaya mengalahkan musuh.

Kekuatan sesebuah pakatan tentera tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata‑mata. Darjah kecanggihan perala­tan perang dan senjata tidak menjadi satu‑satunya jaminan utama kepada kemenangan sesebuah angkatan tentera. Pihak Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya mempunyai kekuatan fizikal, teknologi tentera.

Barat‑Kristian, Islam, Slavic‑Ortodox dan Latin Amerika, tetapi yang paling mungkin berlaku clash dan konflik adalah di antara tamadun Barat dan tamadun Islam. Pandangan Profesor Samauel P. Huntington ini sangat ber­pengaruh dalam dasar luar Amerika Syarikat (USA) dan Barat. Pandangan Huntington ini ada persamaannya dengan pandangan George Kennan dalam tahun‑tahun akhir 1940‑an yang mengupas tentang ancaman komunis yang mempengaruhi dasar Amerika Syarikat (USA) terhadap Soviet Union (USSR) dan negara­-negara komunis yang lain. Pandangan Huntington ini mempe­ngaruhi dasar Amerika Syarikat (USA) dan Barat terhadap Islam, yang cuba meletakkan Islam sebagai suatu yang dikaitkan dengan sifat yang negatif (seperti pengganas, unsur‑unsur negatif yang lain dan sebagai­nya). Apa yang cuba diketengahkan oleh kedua‑dua sarjana besar Amerika Syarikat (USA) ini (Huntington dan George Kennan) adalah persoalan survival dan percaturan kuasa politik antarabangsa. Untuk survival dan mengekalkan kuasa mesti hapuskan negara / kumpulan negara yang mungkin menggugat kedudukan Amerika Syarikat (USA). George Kennan meru­muskan tindakan Soviet Union (USSR) adalah berbahaya bagi pihak Amerika Syarikat (USA), dan perlu bagi pihak Amerika Syarikat (USA) bertindak terhadap Soviet Union (USSR). Dari sini lahirlah 'contain­ment policy' yang Amerika Syarikat (USA) mesti bertindak bagi menyekat perluasan pengaruh komunis pimpinan Soviet Union (USSR) di seluruh dunia. George Kennan memainkan peranan penting dalam mem­pengaruhi dasar luar Amerika Syarikat (USA) selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan­-tindakan yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat (USA) dalam percaturan kuasa dalam struktur antarabangsa yang bersifat bipolar banyak ber­dasarkan kepada idea asas yang dikemukakan oleh George Kennan. Huntington juga mengemukakan idea yang besar pengaruh­nya terhadap tindakan dan dasar luar Amerika Syarikat (USA) selepas berakhirnya Perang Dingin. Jika Kennan dalam struktur yang bersifat bipolar dan musuhnya adalah komunis, maka Huntington pula adalah dalam struktur yang bersifat unipolar (dalam satu dekad pertama dan kepada struktur yang bersifat uni‑multipolar selepas satu dekad berakhirnya Perang Dingin). Bagi Huntington percaturan politik antarabangsa memasuki era baru selepas berakhirnya Perang Dingin iaitu faktor penting yang membawa kepada kon­tindak begitu terhadap pihak Amerika Syarikat (USA)? Apakah pihak Amerika Syarikat (USA) terlalu adil ter­hadap orang‑orang Islam, khususnya dalam konflik di Palestin? Atau juga dalam konflik lain seperti di selatan Thai dan juga di selatan Filipina? Adakah pihak Amerika Syarikat (USA) cuba berusaha menyelesaikan masalah atau mengambil peluang daripada apa yang berlaku di peringkat antarabangsa dengan menyokong Thaksin di Thailand dan Arroyo di Filipina dalam usaha menekan gerakan Islam di bahagian selatan kedua‑dua negara Asia Tenggara itu. Tekanan dan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan yang berlaku di Thailand, khususnya selepas peristiwa 11 September (seperti apa yang berlaku dalam Peristiwa Takbai 2004) mempunyai hubungan dengan sokongan Amerika Syarikat (USA) terhadap pentadbiran Thaksin. Begitu juga tindakan Arroyo terhadap MILF dan kumpulan gerakan Islam lain di selatan Filipina mempunyai hubungan dengan dasar AS ter­hadap Islam. Adakah pihak Amerika Syarikat (USA) tidak mampu melakukan sesuatu yang lebih balk dan harmoni bagi kesejahteraan umat Islam di kawasan yang dinyatakan di atas? Dalam hubungan inilah jangan disalahkan kepada kumpulan minoriti Islam jika berlaku kebang­kitan dan kebencian terhadap Amerika Syarikat (USA).
Peperangan yang berlaku di Afghanistan tidak hanya dili­hat sebagai peperangan di antara pihak Amerika Syarikat (USA) serta sekutunya dan Taliban, tetapi lebih luas daripada itu iaitu melibatkan pertem­bungan tamadun / civilization. Ia seolah‑olah berlaku pertem­bungan di antara West / Barat dan Islam. Asal mula peperangan pun dikaitkan dengan Taliban dan pentadbiran Islam. Pihak Barat dan Amerika Syarikat (USA) tidak bersetuju dengan pentadbiran Taliban. Tindakan Amerika Syarikat (USA) ini pula disokong oleh negara‑negara Barat utama seperti Great Britain, Kanada, Belanda dan lain‑lain anggota NATO. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (USA) ini ada hubungannya dengan apa yang dinyata­kan oleh Samuel Huntington; 'The Clash of Civilization' iaitu selepas berakhirnya Perang Dingin pada 1989! 1991 tidak akan berlaku lagi konflik berasaskan ideologi (merujuk kepada apa yang ber­laku sebelum ini iaitu konflik di antara ideologi komunis‑sosialis dan demokrasi‑kapitalis) tetapi apa yang akan berlaku adalah konflik disebabkan oleh pertembungan civilization (dengan meru­juk kepada lapan tamadun utama iaitu; Confucious, Jepun, Hindu, Barat‑Kristian, Islam, Slavic‑Ortodox dan Latin Amerika, tetapi yang paling mungkin berlaku clash dan konflik adalah di antara tamadun Barat dan tamadun Islam.

Konflik bukan lagi faktor ideologi atau ekonomi seperti yang berlaku semasa era Perang Dingin, tetapi “the principal conflicts of global politics will occur between nations, and group of different civilizations‑the clash of civilizations will dominate global politics”. Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa 11 September itu boleh dianggap sebagai satu titik penting dalam pertembungan tamadun seperti yang dikemukakan oleh Huntington; ini kerana sehari selepas peristiwa itu berlaku tanpa penelitian dan kajian yang mendalam, George Bush terus menuduh bahawa yang bertanggungjawab ke atas peristiwa 11 September adalah al-­Qaeda. Seolah‑olah satu tuduhan atau perancangan awal telah ada dalam pemikiran George Bush. Perdana Menteri Great Britain, Tony Blair juga telah mengikut pandangan George Bush yang mendakwa al‑Qaeda bertanggungjawab (walaupun sebelumnya Tony Blair mempunyai pandangan yang sedikit berbeza iaitu perlu kajian bagi memas­tikan pihak mana / siapa yang bertanggungjawab). Dalam masa yang begitu singkat iaitu pada 7 Oktober 2001, perang ke atas Afghanistan dilancarkan oleh Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya. Apa matlamat sebenar serangan itu? Mahu mencari dan menangkap Osama Bin Laden, memusnahkan pentadbiran Taliban atau menguasai bumi Afghanistan sebagai tapak penguasaan wilayah Islam seterusnya? Yang pasti adalah pentadbiran Taliban Afghanistan mesti dimusnahkan. Pendapat yang mengatakan bahawa serangan ke atas Afghanistan adalah sebagai rancangan jangka panjang Amerika Syarikat (USA) (untuk menguasai wilayah Islam lain, misalnya yang paling mungkin adalah Iran) sukar ditentukan secara tepat dan jelas, tapi ada logiknya. Walaupun begitu pandangan di atas ada mempunyai logik perancangan strategi dan percaturan politik antarabangsanya. Iran yang semakin kuat kedudukan pertahanannya mesti dikepung terlebih dahulu sebelum serangan ke atasnya dilakukan. Iran terletak di tengah‑tengah di antara Iraq dan Afghanistan. Penguasaan negara seperti Afghanistan dan Iraq adalah perlu dalam strategi, sebelum menyerang Iran dengan jayanya. Pihak Amerika Syarikat (USA) mengakui tentang kekuatan Republik Islam Iran (Iran sukar dikalahkan oleh Iraq dalam perang Iran‑Iraq dari 1980 hingga 1988 walaupun ketika serangan Republik Islam Iran masih baru diben­tuk tetapi masih belum tersusun sepenuhnya, selepas revolusi Islam Iran Februari 1979). Kalau dalam keadaan kelam‑kabut selepas revolusi pun Iran sukar dikalahkan, apatah lagi setelah lebih tiga dekad membangun, pastinya kedudukan Iran jauh lebih kukuh berbanding dengan keadaan awal 1980‑an. Amerika Syarikat (USA) mengalami jalan yang sukar bagi menguasai Iran, paling tidak disebabkan oleh empat perkara. 

Afghanistan masih gagal dikuasai Amerika Syarikat (USA) sehingga kini, kebang­kitan tentera dan sokongan terhadap Taliban semakin meningkat, manakala sokongan negara‑negara sekutu ada menunjukkan tanda­tanda semakin menurun. Great Britain akan meningkatkan penghantaran tentera tambahan dengan beberapa syarat, di antaranya pihak Great Britain akan menghantar 500 orang lagi tentera ke Afghanistan dengan syarat kerajaan Afghanistan mengatur askar tambahan bersama tentera mereka dan juga negara‑negara sekutu lain turut meningkatkan sumbangan tentera.

Iraq juga gagal dikuasai oleh Amerika Syarikat (USA) sebagaimana yang diran­cang. Amerika Syarikat (USA) berjaya menjatuhkan hukuman mati ke atas Saddam Hussein, tetapi gagal menghapuskan perasaan anti‑Amerika Syarikat (USA) di Iraq. Serangan yang dilakukan sejak Mac 2003 tidak mencapai sasaran yang diharapkan dan mengalami tentangan dalaman yang kuat. Kepungan ke atas Iran sukar dilakukan sekiranya Iraq tidak dapat dijadikan pangkalan yang kuat dan selamat bagi menyerang Iran.

Iran semakin kuat dari segi peningkatan ketenteraan (misalnya penguasaan teknologi nuklear) dan juga sokongan dan pakatan kerjasama dengan kuasa besar lain khususnya hubungan dengan Rusia sejak pentadbiran Vladimir Putin. Teknologi nuklear Iran semakin kuat. Baru‑baru ini Iran telah mengadakan ujian peluru berpandu Shehab 3 yang mampu hingga ke sasaran selatan benua Eropah. Iran juga mampu mengeluarkan jet pejuang rekaan sendiri yang tidak dapat dikesan oleh sistem radar Amerika Syarikat (USA). Terbentuknya pakatan negara‑negara Laut Kaspia (Caspian Sea) yang diketuai oleh Rusia dan Iran serta negara‑negara sekitar Laut Kaspia.

Mengikut perancangan asal pihak Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya bahawa peperangan dengan Taliban Afghanistan ini hanya akan mengambil masa yang singkat. Mengikut perkiraan asal Amerika Syarikat (USA) bahawa Taliban tidak sukar untuk dikalahkan. Jangka masa lapan tahun lebih (sebagaimana yang berlaku) adalah di luar daripada jangkaan pihak Amerika Syarikat (USA) dan sekutunya. Mengikut perkembangan terkini bahawa banyak sekutunya sudah tidak begitu yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada Barat. Banyak sekutunya tidak akan meningkatkan bilangan tentera yang akan dihantar, walaupun pihak Amerika Syarikat (USA) sendiri telah meningkatkan penghantaran tentera tambahan. Tetapi peperangan ini dilihat pen­ting bagi pihak Amerika Syarikat (USA) khususnya bagi percaturan kuasa dan masa depan serta pengaruh kedudukan Amerika Syarikat (USA) di Asia Tengah dan Asia Selatan.
(Barno David. W & Wood. John K. 2009. Winning Afghanistan For The Long Term. Far Eastern Economic Review, Vol 172, 8 Oktober 2009, hal 40‑43)

Sesetengah pihak berpendapat bahawa krisis ekonomi yang dialami oleh Amerika Syarikat (USA) adalah mempunyai hubungan dengan perbelanjaan peperangan ke atas Afghanistan (dan juga Iraq). Pendapat ini ada logik kebenarannya kerana perbelanjaan perang yang paling besar ditanggung oleh pihak Amerika Syarikat (USA), di samping sokongan daripada negara‑negara sekutu Amerika Syarikat (USA) yang lain. Perbelanjaan bagi 2009 sahaja (sehingga Oktober 2009) hampir mencecah US$60 bilion. Perbelanjaan ini adalah jauh lebih besar daripada tahun‑tahun sebelumn­ya; iaitu lebih kurang US$20 bilion bagi 2005 dan 2006, meningkat kepada hampir US$40 billion (2007) dan lebih US$40 bilion bagi 2008.
(Afghanistan and Pakistan: Obamas Faltering War.2009. The Economist, 17‑23 Oktober 2009, hal 25)

Perbincangan mengenai proses kebangkitan dan kejatuhan kuasa hegemoni ini. Kejatuhan dan kebangkitan kuasa hegemoni adalah suatu yang normal dalam sejarah dunia. Sesebuah kuasa hegemoni tidak akan terus bertahan selamanya dan akan berakhir dan akan diganti oleh satu kuasa baru yang lain. Misalnya Great Britain adalah kuasa hegemoni dalam abad ke‑19, tetapi kuasa Great Britain ini mengalami kelemahan apabila berlakunya kebangkitan satu kuasa counter‑hegemoni baru di Eropah mulai awal abad ke‑20, iaitu Jerman. Kuasa hegemoni sedia ada dan kuasa counter‑hegem­ony Germany, kedua‑duanya mengalami kelemahan melalui dua peperangan besar iaitu Perang Dunia Pertama (1914‑1918) dan Perang Dunia Kedua (1939‑1945) sehinggalah bangkitnya satu kuasa hegemoni Amerika Syarikat (USA) dan counter‑hegemony Soviet Union (USSR) mulai selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Soviet Union runtuh pada Disember 1991. Kuasa hegemoni Amerika Syarikat (USA) juga akan berakhir. Persoalannya bila? Dan berapa lama lagi ia dapat ber­tahan?
(Layne Christopher. 1993. The Unipolar Illusion: Why New Great Powers will Rise, International Security, Vol 17, No 4, (Spring 1993), hal 5‑51)
(The War in Afghanistan, The Economist.2009. 28 Mac‑3 April 2009, hal 14 & 16) 

Mana negara anggota tidak akan membenarkan mana‑mana pihak ketiga menggunakan negara mereka sebagai pangkalan melancar­kan ke atas mana‑mana negara anggota. Perjanjian ini dibentuk sempena lawatan Vladimir Putin ke Iran. Berdasarkan perkembangan yang berlaku sehingga kini, AS menghadapi jalan sukar bagi menguasai Afghanistan dan melan­carkan tindakan seterusnya dalam mengukuhkan penguasaan dan peningkatan pengaruhnya di rantau Asia Tengah / Timur Tengah. Kalaulah benar serangan ke atas Afghanistan adalah sebagai lang­kah awal dalam usaha menyerang Iran, maka tindakan seterusnya menjadi semakin sukar. Dengan kedudukan Iran yang semakin kuat, masalah yang semakin besar di Afghanistan, ketidakstabilan dan kedudukan Amerika Syarikat (USA) yang tidak kuat di Iraq, hubungan Iran yang semakin rapat dengan Russia dan negara‑negara sekitar Laut Kaspia akan lebih merumitkan kedudukan AS di rantau berkenaan.

Amerika Syarikat (USA) mesti mengatur langkah yang lebih berhati‑hati. Kuasa hegemoni Amerika Syarikat (USA) nampaknya semakin lemah. Kedudukannya sebagai kuasa unipolar telah tercalar. Kalaulah perang di Afghanistan sebagai titik mula keruntuhannya, ia bukanlah suatu yang san­gat mustahil. Soviet Union (USSR) pernah menempuh jalan buntu di Afghanistan sedekad lalu, begitu juga apa yang dialami Great Britain seabad yang silam. Amerika Syarikat (USA) harus belajar dari sejarah! Kuasa Barat terhadap bangsa Asia (dan bukan‑Barat yang lain) telah mula disedari oleh pemimpin agung komunis Vietnam, Ho Chi‑Minh dalam Persidangan Versailles 1919 di Paris. Woodrow Wilson dan pemimpin Barat yang lain hanya melindungi negara‑negara Barat dan bukan negara‑negara Asia yang dijajah. Konsep ‘liberal nationalism was to be restricted to white European’ dan tidak kepada semua bangsa. Selepas daripada itulah Ho Chi‑Minh ke Soviet Union dan memihak kepada komunis dalam berjuang mendapatkan kemerdekaan. Perbincangan lanjut mengenai persoalan ini.
(Keylor William 1992. The Twentieth Century World: An International History (2nd edition). New York: Oxford University Press, hal 384‑385)

Rakyat Amerika Syarikat (USA) dan Barat sendiri juga ada yang tidak yakin bahawa pengganas yang bertanggungjawab terhadap peristiwa 11 September 2001, tetapi percaya di sebaliknya adalah disebabkan oleh konspirasi jahat untuk menjustifikasi bagi menyerang beberapa buah negara Islam selaras dengan tesis yang dikemukakan oleh Huntington dalam ‘The Clash of Civilizations’. Mengikut hukum fizik dan kejuruteraan bahawa perlanggaran kapal terbang di bahagian atas tidak akan memberi kesan kepada bangunan World Trade Centre sebagaimana yang berlaku runtuh ranap hingga ke dasarnya.  Pihak Amerika Syarikat (USA) tidak menunjukkan usaha‑usaha yang benar‑benar bersungguh­-sungguh dan adil bagi melindungi tindakan ganas Israel ke atas Palestin. Misalnya serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Tebing Barat pada akhir Disember 2008 hingga awal Januari 2009 tidak dihalang oleh pihak AS dengan cara yang benar‑benar tegas. Penduduk awam Palestin (wanita, kanak‑kanak dan warga tua) terkorban tanpa pembelaan, tetapi pihak Amerika Syarikat (USA) tidak pernah menyatakan yang Israel sebagai pengganas.

















RUJUKAN
Baker Aryn. 2009. ‘How the Taliban Thrives’, Times, Vol. 174, No. 9, 2009, hal. 17‑21.

Barno David W. & Wood John K. 2009. ‘Winning Afghanistan For The Long Term’, Far
Eastern Economic Review, Vol. 172, No. 8, Oktober 2009, hal. 40‑43.

George Kennan.2004. ‘The Sources of Soviet Conduct’. dalam Genest, Marc, A., Conflict and
Cooperation: Evolving Theories of International Relations, (second edition), Belmont, CA: Wadsworth/Thomson, hal. 76‑88.

Layne Christopher. 1993. ‘The Unipolar Illusion: Why New Great Powers will Rise’,
International Security, Vol. 17, No. 4, (Spring 1993), hal. 5‑51.

Mearshiemer John. 1990. ‘Back to The Future: Instability in Europe After the Cold War’.
International Security, Vol. 15, No. 1 (Summer 1990), hal. 5‑56.

Samuel P. Huntington.2001. ‘The Coming Clash of Civilizations or, The West Against the
Rest, dalam Kegley, Charles W., jr., & Wittkopf, Eugene, R., The Global Agenda: Issues and Perspectives (sixth edition), New York: McGraw‑Hill, hal. 197‑200.

Samuel P. Huntington. 2003. ‘The Clash of Civilizations?’. dalam Art, Robert, J., & Jervis,
Robert, International Politics: Enduring Concepts and Contemporary Issues, (sixth edi­tion), New York: Addison‑Wesly, hal. 411‑425.

Thompson Mark.2009. ‘Eight Years in Afghanistan: Can The U.S. Still Win?’.
sidebar(11 Nov 2009)



Sunday, January 15, 2012


  • ×
    Haji Abdullah Sani Mohamed Zin
    Haji Abdullah Sani Mohamed Zin No. 17, Jalan Wawasan 3, Persiaran Wawasan, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. New residential and corresponding address. Mula berhijrah ke Bandar Baru Bangi sejak tahun 1987. Genap 24 tahun telah menetap dan bermastautin di Bandar Baru Bangi yang terletak didalam DUN Bangi Parlimen Serdang. Kini merupakan murid tua UKM (54 tahun) sebagai pelajar tahun 3 semester 1 sesi 2011/2012 kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian (sains politik). Telah mula mendaftar diri di UKM pada 28/06/2009. Tarikh ini juga ialah majlis resepsi perkahwinan anakanda sulong saya Dr. Siti Fatimah Binti Hj. Abdullah Sani dengan pasangannya Ar. Muntaha Bin Tasarib di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, 62250 Putrajaya. Masa telah melalui begitu pantas. Kini saya juga mempunyai seorang cucu berusia 10 bulan bernama ARINA.

Saturday, January 14, 2012

 

SKAD  3383
GLOBALISASI  DAN  PEMBANGUNAN  NEGARA


 


TAJUK  TUGASAN
GLOBALISASI

DISEDIAKAN  OLEH
ABDULLAH SANI BIN MOHD ZIN
NO. MATRIKS  A 126639


PENSYARAH  @  PENYELARAS  KURSUS

PROFESOR MADYA DR. HAMZAH BIN JUSOH 

PROFESOR MADYA DR. JALALUDDIN BIN ABDUL MALEK

DR. AZMI AZIZ


1.1 PENGENALAN
            Secara umum, globalisasi bermaksud keadaan dunia secara am atau keseluruhannya.  Globalisasi juga membawa maksud perpindahan isme, nilai, dan fahaman dari satu pusat ke daerah-daerah yang lain.  Perpindahan nilai boleh berlaku melalui penjajahan, penaklukan daerah, pendidikan, dan peranan media.  Bertherton (1966) menggariskan empat aspek asas dalam proses globalisasi iaitu perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT), internet, perubahan ekonomi sejagat, globalisasi politik, dan pensejagatan idea.   Manakala globalisasi dari sudut politik pula adalah semakin mengecil dan berkurangnya peranan nation-state atau negara bangsa untuk menguruskan soal berkaitan tuntutan dan pemeliharaan hak-hak sivil rakyat, sebaliknya prospek pengendalian diambil alih oleh organisasi supranasional sama ada pada peringkat serantau atau sejagat (Frankel 1970).
            Pada masa kini, globalisasi telah menjadi satu buzz-word yang digunakan oleh pelbagai pihak tetapi ia seringkali disalahtafsirkan.  Proses globalisasi pula adalah satu fenomena atau keadaan di mana dunia dan hubungan antara negara dan penghuninya menjadi semakin cepat dengan adanya bantuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan perkembangan ekonomi kapitalisme. Contohnya, pelaburan langsung MNC dan perkongsian nilai kehidupan sejagat.  Sebagai satu proses transformasi dunia, globalisasi dikatakan bermula kira-kira dua dekad yang lalu dengan terbentuknya satu ekonomi global yang berbeza daripada ekonomi dunia.  Jika dirujuk dari sudut analisis, globalisasi merupakan suatu fenomena yang multi dimensi, yang meliputi ekonomi, politik, budaya, dan ideologi dan bukannya hanya merangkumi dimensi ekonomi, perdagangan, dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) semata-mata.  Oleh itu, proses globalisasi melibatkan segenap aspek kehidupan masyarakat dan kesejagatan negara bangsa.  Ia juga boleh dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya, dan ideologi sesuatu negara menerobos atau menembusi sempadan negara lain (Noraini ; Summit 2000:29).  Ini bolehlah dikaitkan dengan konsep pengurangan kedaulatan negara, keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi komunikasi maklumat (ICT), pengecilan dunia, dan pengembangan transaksi perdagangan yang berasaskan kepada pemikiran perdagangan bebas (Mahfuzah, Rashila, Zaini 1999:6).  Dalam hal ini, globalisasi melibatkan pemampatan masa dan ruang dari hubungan sosial dan kemunculan kesedaran global mengenai pemampatan tersebut (Noraini & Sumit 2000:29).

2.1 GLOBALISASI DAN PENGARUHNYA TERHADAP PILIHAN RAYA
2.1.1  Isu Reformasi Indonesia
Reformasi yang berlaku di Indonesia adalah untuk menggulingkan Presiden Indonesia ketika itu iaitu Suharto pada tahun 1998.  Gerakan menggulingkan Presiden Suharto adalah hasil gerakan reformasi Indonesia yang diketuai oleh Dr. Amein Rais.  Sebelum mempelopori gerakan reformasi Indonesia,  Amein Rais merupakan sahabat rapat Suharto dan pernah mendapat imbuhan daripada Suharto dalam beberapa projek.  Antara projek tersebut ialah projek perlombongan emas di Busong.  Amein Rais telah menggunakan isu kronisme, nepotisme, dan kolusi sebagai agenda untuk melaksanakan gerakan reformasi.  Beliau telah mengkoordinasikan protes-protes dalam kalangan mahasiswa serta mengancam akan menghimpunkan seramai satu juta demonstrator di Jakarta pada 20 Mei 1998.[1]  Gerakan demonstrasi ini bertujuan untuk menyeru pengunduran Suharto daripada tampuk kerajaan.  Isu yang digunakan telah menyemarakkan kebangkitan rakyat dalam satu demonstrasi besar-besaran sehingga menyebabkan Angkatan Bersenjata Rakyat Indonesia (ABRI) terpaksa diturunkan sehingga menyebabkan kematian beberapa orang demonstrator.[2]
            Selain daripada isu kronisme, nepotisme, dan korupsi, faktor kejatuhan Suharto dalam reformasi tersebut juga berpunca daripada krisis matawang Asia pada tahun 1997.  Namun, krisis ini turut bersangkutan dengan budaya yang diamalkan oleh Suharto.  Dalam krisis ini, terdapat persamaan antara Indonesia, Thailand, dan Korea Selatan akibat kemerosotan nilai matawang dan peningkatan hutang yang tinggi.[3]  Negara-negara ini termasuk Indonesia tidak mampu untuk membayar hutang tersebut tanpa menerima bantuan.  Keadaan ini amat dirasai oleh Thailand dan Indonesia kerana didesak oleh sistem kewangan dunia yang menyebabkan matawang asing bergerak masuk dan keluar dengan mudah daripada negara-negara ini.  Oleh itu, Suharto telah mengambil langkah untuk meminta bantuan pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF)[4], menutup beberapa bank, serta menunda atau membatalkan beberapa projek besar.  Implementasi program IMF turut terlibat dalam konflik kepentingan dalam keluarga Suharto dan kroni-kroninya.  Tindakan Suharto dianggap berat sebelah kerana melindungi kepentingan perniagaan keluarganya.  Pada tanggal 15 Januari 1998, Suharto telah menandatangani rancangan susulan IMF[5]. 
            Peranan globalisasi dalam gerakan reformasi Indonesia ini didorong oleh faktor teknologi komunikasi maklumat (ICT)  yang semakin meningkat pada masa tersebut.  Para demonstrator ketika gerakan ini berlangsung tidak mengunakan senjata, namun menggunakan internet sebagai saluran utama[6].  Dengan kawalan pemerintah yang sangat minima terhadap kawalan media seperti radio, televisyen, dan internet.  Pelbagai maklumat tentang demonstrasi yang bakal diadakan serta kes-kes penyelewengan Suharto disebarkan menerusi emel dan laman web.  Menurut W. Scott Thompson (1998) , reformasi yang berlaku di Indonesia ini merupakan revolusi pertama yang menggunakan medium internet sebagai agen penyebaran.  Selain tersebar di dalam negara, maklumat-maklumat ini turut tersebar dengan luas dan cepat ke negara-negara luar khususnya negara-negara jiran.  Bahang reformasi ini turut sampai ke Malaysia sehingga membawa pengaruh terhadap kesedaran politik serta mempengaruhi keputusan pilihan raya pada tahun 1999.

2.1.2  Krisis Kewangan Dunia 1997
Pada tahun 1997, krisis kewangan dunia telah berlaku serta menyebabkan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia terutamanya negara-negara Asia.  Malaysia tidak terkecuali menerima kesan daripada krisis ini.  Matawang Ringgit Malaysia (RM) telah diserang oleh kegiatan spekulasi oleh penyanggak matawang George Soros pada Julai 1997 yang telah mengakibatkan nilai ringgit susut begitu cepat berbanding nilai dolar Amerika (USD).  Nilai urus niaga Ringgit Malaysia mengikut dolar Amerika adalah sebanyak RM 2.50 bagi setiap satu dolar.  Namun, selepas Julai 1997, Malaysia dikatakan akan menerima kesan jangkitan atau contagion akibat krisis ini jika nilai baht Thailand mengalami penurunan.[7]  Oleh itu, bagi membolehkan Ringgit Malaysia terus bersaing, kadar mata wang harus diturunkan.  Ura-ura ini telah menyebabkan pedagang matawang masuk lebih awal daripada jangkaan sebenar penyusutan nilai Ringgit Malaysia.  Pedagang mata wang ini telah melakukan jualan singkat terhadap ringgit yang secara rasmi belum lagi ditambatkan kepada dolar.  Kesannya, urusniaga yang giat dijalankan telah mengakibatkan penurunan nilai di luar jangkaan.  Spekulasi awal yang mengatakan nilai matawang Malaysia (RM) akan jatuh disebabkan oleh jangkitan kejatuhan mata wang negara jiran adalah kurang tepat kerana hanya terdapat sedikit penurunan disebabkan oleh faktor ini.  Oleh yang demikian, kejatuhan menjunam kadar tukaran ringgit berbanding dolar Amerika dan mata wang lain adalah disebabkan oleh kegiatan jualan singkat oleh pedagang-pedagang mata wang.  Justeru, pedagang mata wang menurunkan nilai mata wang bukan kerana mereka takut akan kerugian penyusutan nilai mata wang, namun mereka tamak untuk mendapatkan keuntungan dengan mengadakan jualan singkat mata wang.
            Kesan daripada kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika ini menyebabkan Bank Negara pada mulanya ingin campur tangan untuk menyokong ringgit.  Namun usaha tersebut dihentikan dengan segera apabila mereka sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan kuasa yang mempunyai sumber yang lebih besar.[8]  Antara faktor yang menyebabkan pengunduran Bank Negara adalah mempertahankan wang ringgit yang boleh menyebabkan rizab tukaran asing semakin terhakis sehingga menjejaskan lagi nilai ringgit.  Selain itu, kejatuhan bebas yang akan menyusul selepas itu akan menyebabkan malapetaka ekonomi dan kewangan terhadap negara (Mahathir Mohamad 1997).  Malaysia mengutuk tindakan pedagang matawang tersebut yang juga dianggap sebagai penyangak matawang atas tindakan tersebut yang meruntuhkan masa depan ekonomi Asia.  Oleh itu, banyak negara yang memilih untuk meminta pinjaman daripada IMF untuk menyelesaikan masalah ini.  Namun, Malaysia telah menolak pinjaman dan cadangan pembaharuan untuk pemulihan ekonomi yang telah dicadangkan oleh IMF. 
            “Kita tidak sanggup menyerahkan pengurusan ekonomi kepada IMF.  Kita percaya, IMF tidak akan memahami keadaan tempatan.  Masalah yang melanda berbagai negara juga        berbeza dan tidak boleh diatasi dengan penawar yang sama.”
(Mahathir Mohamad 1998)
            Kerajaan semakin terdesak apabila mata wang terus terdedah kepada serangan spekulatif dan nilainya yang semakin merosot.  Walaupun jualan singkat tidak dibenarkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), harga-harga saham di Malaysia terus menjunam sehingga menyebabkan panggilan margin oleh bank dan peningkatan pinjaman tidak berbayar.  Media asing pada ketika itu telah melaporkan kejatuhan pantas nilai ringgit dan kejatuhan mendadak Indeks Komposit BSKL.  Laporan yang berleluasa oleh media menggambarkan Malaysia seperti terpaksa meminta bantuan IMF.  Namun, kerajaan tetap berkeras untuk tidak menerima bantuan IMF yang dianggap akan mendatangkan beban terhadap negara pada masa akan datang berikutan kadar bunga yang dikenakan adalah tinggi.  Oleh itu, kerajaan hanya membuat permintaan kepada Camdessus dari IMF untuk mengadakan mesyuarat menteri-menteri kewangan daripada negara-negara maju dan membangun bagi membincang kaedah menstabilkan mata wang dan membendung kegiatan pedagang mata wang.  Kemudian, Camdessus memberikan jawapan kepada Menteri Kewangan Malaysia bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada April 1998, namun mesyuarat tersebut  tidak diadakan seperti mana persetujuan yang telah dibuat (Mahathir Mohamad 1998).

2.1.3  Krisis Mahathir-Anwar
Krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah membawa kepada krisis antara Perdana Menteri pada ketika iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  Semasa krisis kewangan berterusan di Malaysia, Mahathir telah menyalahkan Anwar kerana telah melaksanakan dasar yang membuatkan keadaan yang buruk menjadi semakin teruk.  Anwar dengan bantuan bantuan Bank Pusat telah melaksanakan beberapa langkah yang mencerminkan kehendak IMF mulai Oktober 1997.  Bank Negara telah mengumumkan kekangan kredit yang menyebabkan masalah kredit sehingga kadar faedah berulang kali dinaikkan daripada tahap satu angka kepada dua belas peratus setahun.  Keadaan ini telah menyebabkan syarikat dengan projek berdaya maju dan permintaan eksport yang sudah disahkan sukar mendapatkan pembiayaan bagi tujuan operaasi daripada bank.[9]  Bank Pusat juga telah memendekkan tempoh mungkir atau default untuk klasifikasi pinjaman tidak berbayar daripada enam bulan kepada tiga bulan.
            Bank Pusat juga turut mengehadkan perbelanjaan pengguna dengan mengenakan margin maksimum sebanyak 70 peratus bagi pembiayaan kenderaan penumpang.  Tempoh maksimum pembayaran balik untuk pinjaman jual beli kenderaan pula dihadkan kepada lima tahun.  Apa yang lebih membuatkan Mahathir tidak berpuas hati adalah menghadkan kegiatan pembinaan yang dianggap sangat penting bagi pertumbuhan KDNK negara. Tindakan menghadkan ini tidak membenarkan bank untuk memberi pinjaman kepada sebarang projek hartanah selagi pembinaan belum dimulakan.  Sekiranya projek telah dimulakan, bank diminta oleh Bank Pusat untuk mengkaji semula daya maju projek serta mengurangkan jumlah pembiayaan.
            Selain itu, pengekalan nisbah rizab berkanun atau SRR bagi membendung kecairan telah menyebabkan kerugian banyak bank yang boleh mendatangkan banyak keuntungan.  SRR yang bernilai RM 52 bilion telah disimpan di dalam Bank Pusat tanpa memperoleh apa-apa pedapatan dan akan dikenakan kadar 12 peratus sekiranya dipinjamkan kepada bank.  Oleh itu, Mahathir telah meminta Bank Pusat untuk melonggarkan keadaan kecairan dengan meminta kelonggaran SRR daripada 13.5 peratus kepada 10 peratus.  Permintaan ini telah dipatuhi oleh Bank Pusat, namun didakwa oleh Mahathir bahawa pengurangan tersebut disabotaj dengan menarik keluar jumlah yang sama daripada pasaran antara bank agar tidak ada kecairan tambahan dalam sistem menurut asas bersih[10].  Mahathir (2000) berpendapat pengurangan SRR yang bertujuan memberi kesan positif terhadap kecairan bank telah dimanipulasikan oleh Bank Pusat bagi memburukkan lagi keadaan kesempitan kredit dalam negara.  Percanggahan pendapat antara Mahathir jelas dilihat daripada situasi ini.  Mahathir telah menyatakan bahawa langkah yang diambil oleh Anwar menyebabkan kementeriannya dan Bank Pusat mengalami penguncupan dan kerajaan tidak mungkin memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk pentadbiran negara.  Namun, Anwar menyangkal pandangan Mahathir dan pasti bahawa langkah yang diambilnya akan menyelamatkan ekonomi negara.
            Menjelang April 1998, krisis ekonomi yang semakin meruncing telah memburukkan keadaan apabila nilai ringgit telah jatuh menjunam kepada jajaran RM 4.80 berbanding satu dolar Amerika.  Oleh itu, Anwar terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 21 peratus yang telah menyebabkan banyak syarikat-syarikat telah diisytiharkan muflis.  Mahathir mengatakan Anwar telah mengimplementasikan misi dasar kewangan IMF walaupun tidak menerima pinjaman IMF.  Misi ini jelas dilihat melalui campuran dasar fisikal yang ketat, kenaikan kadar faedah untuk mempertahankan kadar tukaran, cubaan memperkukuhkan sistem perbankan melalui piawaian yang ketat, serta memotong perbelanjaan awam bagi memperbaiki imbangan akaun semasa.  Kerajaan yang semakin tertekan dengan situasi ini bertindak menghentikan semua kenaikan gaji, membataskan lawatan ke luar negara untuk menteri dan kaki tangan kerajaan serta mengurangkan elaun[11].  Langkah lain adalah dengan mengurangkan tahap kepenggunaan gula, pengimportan makanan, dan taraf barangan keperluan lain.  Malangnya, langkah-langkah ini tidak berkesan kerana hanya mengurangkan tahap kepenggunaan dan taraf hidup rakyat selain menyebabkan pengimport, peniaga, dan peruncit mengalami kerugian.  Kerajaan juga menerima hasil pendapatan yang berkurangan.
            Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang pula dilihat oleh Anwar sebagai satu peluang untuk menjadikan Mahathir sebagai bebiri hitam atas kemelut yang melanda[12].  Anwar telah menggunakan isu kronisme dan nepotisme dalam usaha menjatuhkan Mahathir.  Isu yang digunakan ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan isu yang dikemukakan oleh Amein Rais dalam gerakan reformasi menjatuhkan Suharto di Indonesia.  Isu-isu ini telah dibangkitkan oleh Anwar sebelum Perhimpunan Agung UMNO 1998 bagi tujuan memburukkan imej pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Mahathir[13].  Usaha Anwar telah disokong oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Dato’ Sri  Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.  Usaha ini dimantapkan lagi dengan usaha Anwar yang menggunakan justifikasi ini sebagai laluan untuk menarik perhatian perwakilan bagi memperlihatkan kepada mereka akan keperluan peralihan kepimpinan negara yang dianggap usang dan mencemarkan imej parti (Sobri Sudin 2006: 71).
            Usaha Anwar untuk menjatuhkan Mahathir dengan menggunakan isu kronisme dan nepotisme telah meletakkan Mahathir sebagai orang yang dipertanggungjawabkan atas dasar kepimpinan negara, kerajaan, dan parti pimpinannya.  Oleh itu, bagi meneruskan usaha ini, Anwar merancang untuk mengadakan undi tidak percaya sebagai asas untuk Mahathir mengundurkan diri sebagai teraju pimpinan parti sekali gus memberi laluan secara mudah kepada Anwar ( Mohd Hafidz Hussein 2006).  Hal ini telah pun dibuktikan melalui perencanaan rapi dan usaha tersusun Anwar semasa mengalahkan Allahyarham Tun (Dr.) Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1993 menerusi penggunaan mekanisme media dan politik wang[14].  Namun, usaha Anwar yang disadur daripada gerakan reformasi Indonesia itu berjaya dipatahkan oleh Mahathir melalui pengedaran buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”[15]. Mahathir juga telah mengeluarkan senarai penuh nama individu-individu atau syarikat-syarikat organisasi yang mendapat nikmat dan pengagihan program pembangunan ekonomi kerajaan.  Senarai yang telah dikeluarkan itu telah menunjukkan kelompok yang didokong oleh Anwar termasuk Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi sendiri adalah individu yang banyak menerima saham pengagihan kekayaan negara. 

2.1.4  Isu Pertuduhan dan Perbicaraan Anwar Ibrahim
Krisis Mahathir dan Anwar yang pada mulanya disebabkan oleh krisis kewangan berterusan sehingga Anwar dipecat daripada semua jawatan kerajaan pada tanggal 2 September 1998.  Anwar telah ditangkap pada malam 20 September 1998 atas tuduhan jenayah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengadakan perhimpunan haram pada sebelah petangnya di Masjid Negara Kuala Lumpur[16].  Kemudian, kes beliau disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pertuduhan empat kes rasuah melibatkan salah guna kuasa diikuti pertuduhan kes liwat.
            “That you on one night between January and March 1993 at about 7.45, at unit No 10-7-  2, Trivolli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar had with intention sodomised Azizan          Abu Bakar thereby committing offence under Section 377B of the Penal Code which             carries a maximum 20 years jail and whipping upon conviction.”
(The Star, 3 Julai 1999)
Kes ini telah menimbulkan banyak keraguan dan persoalan dikalangan penyokong-penyokong Anwar yang tidak puas hati berhubung kredibiliti saksi, bukti yang diadakan, lokasi kejadian liwat, prosiding serta layanan buruk terhadap Anwar. 
            Selain kes salah laku seks dan rasuah, kes terbaru yang muncul adalah dakwaan bekas Setiausaha Politik Anwar sendiri iaitu Mohd Ezam Mohd Nor yang menyatakan bahawa Anwar menyimpan pelbagai dokumen penting kerajaan di luar negara.  Tindak balas daripada kenyataan ini adalah daripada Presiden PAS Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor yang telah meminta pihak berkuasa polis untuk menyiasat kes tersebut kerana bimbang akan mengancam keselamatan negara sekiranya benar.  Selain itu, beliau turut menggesa agar siasatan berkenaan kandungan dokumen yang dikatakan banyak mengandungi kegiatan salah laku dan penyelewengan Menteri Kabinet dijalankan[17].  Berdasarkan situasi ini, pemimpin parti pembangkang melakukan gesaan tindakan terhadap Anwar adalah disebabkan oleh kebimbangan berlakunya pengkhianatan terhadap tanah air dan usaha untuk tindakan yang sah dari aspek perundangan, bukannya semata-mata berniat untuk menjatuhkan Anwar.
            Pertuduhan keatas Anwar terhadap kes-kes ini banyak mendapat tentangan oleh kalangan masyarakat dan pengikutnya kerana tindakan double standard yang dikenakan dalam soal pemecatan, cara layanan, dan tindakan yang keluar daripada prinsip keadilan dan undang-undang (Sobri Sudin 2006: 63).  Pandangan Perdana Menteri berhubung kes yang dihadapi oleh Anwar adalah sangat jelas. Dikalangan penyokong-penyokong Anwar juga dilihat seolah-olah tindakan publisiti media massa telah menampakkan menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum mahkamah tinggi memutuskan hukumannya.  Sistem keadilan, ketelusan, dan kebebasan institusi perundangan negara turut dipertikaikan oleh kalangan penyokong-penyokong Anwar apabila wujud selective prosecution dan malice prosecution yang dikenakan kepada Anwar[18].  Selain itu, beberapa hak asasi seperti ikat jamin, tindakan mencederakan mata Anwar dalam tahanan lokap polis Bukit Aman, keengganan untuk memberikannya rawatan doktor, dan kenyataan Ketua Polis Negara[19]. 
            “Tindakan pihak pendakwa yang mengubah pertuduhan kes rasuah Anwar pada saat-       saat      akhir, kredibiliti saksi utama seperti Dato’ Mohd Said Awang, Dato’ Amir Junus, SAC     Musa Hassan, Azizan Abu Bakar, dan Umi Hafilda termasuk campur tangan    Hakim             Augustine Paul yang bertindak seolah-olah sebagai pendakwa dengan       mengenepikann fakta-fakta penting kes, telah dilihat oleh masyarakat sebagai         pencabulan ke atas prinsip             keadilan yang sewajarnya diberikan oleh sistem        perundangan negara.
(Aliran, Mac 1999)

            Menurut perspektif globalisasi, isu ini memainkan peranan terhadap reaksi, respons, keprihatinan, serta sokongan masyarakat terhadap Anwar.  Minat rakyat untuk menjadi golongan yang law conscious juga semakin meningkat menerusi kesanggupan mereka untuk mengikuti proses perbicaraan Anwar di mahkamah setiap hari dalam bentuk penyertaan yang semakin ramai[20].  Sokongan dan simpati yang dilahirkan oleh masyarakat berhubung layanan ke atasnya telah melahirkan Gagasan GERAK yang dianggotai oleh pelbagai parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan seperti ADIL.  Gerakan ini telah menuntut kerajaan agar menyiasat dan menghukum individu yang terlibat dalam layanan buruk terhadap Anwar termasuk mencederakan matanya di dalam tahanan[21].  Kesan daripada tuntutan ini adalah kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes berkenaan.  Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula telah memperkenalkan imej baru dalam perkhidmatannya bagi memperbaiki kemerosotan imej menerusi pengenalan konsep Mesra Rakyat.  Kemudian, kerajaan menerusi tindakan proses undang-undang telah mengenakan tindakan ke atas Tan Sri Rahim Noor melalui perbicaraan pada 2 September 1999 atas kesalahan mencederakan mata Anwar ketika dalam tahanan dan beliau mengakui kesalahan tersebut[22].
            Isu pemecatan Anwar telah mencabar emosi, perasaan, dan sikap hampir  kalangan penyokong-penyokong Anwar yang merupakan rakyat Malaysia dan turut diperhatikan oleh negara Amerika Syarikat yang merupakan polis dunia[23].  Kemarahan ini telah mendorong rakyat melakukan gelombang kebangkitan melalui bantahan, demonstrasi, dan rapat umum.  Demonstrasi yang dilakukan oleh kelompok pro-Anwar ini dijalankan secara agresif secara terbuka tanpa mempedulikan sekatan polis.  Hal ini dibuktikan melalui beberapa siri demonstrasi hingga tercetusnya kekacauan pada 17 dan 24 Oktober di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan Kampung Baru.[24]  Selain itu, golongan anak muda dan peminat-peminat politik berhimpun di rumah Anwar di Bukit Damansara, kemudiannya merebak kepada perhimpunan-perhimpunan di pusat bandar Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan beberapa bandar lain (Kamarudin Jaafar 2000: 5).  Selain daripada golongan penyokong-penyokong yang mahukan Anwar dibebaskan, golongan daripada pejabat swasta, pejabat kerajaan, syarikat dan agensi yang telah diswastakan seperti TNB dan Telekom Malaysia serta sekolah[25].  Golongan-golongan ini menggunakan satu slogan yang sama dalam gerakan-gerakan ini iaitu “reformasi”. 
            “Demonstrasi oleh golongan pro-Anwar ini kemudiannya disemarakkan lagi dan   menjadi lebih hebat pada hari penghakiman kes Anwar pada 14 April 1999 yang         membawa kepada hukuman enam tahun penjara.  Hukuman ini mencetuskan keadaan   huru hara seketika di   Kuala Lumpur selama beberapa hari akibat penolakan ke atas             keputusan penghakiman yang dianggap zalim dan tidak mencerminkan prinsip       kebijaksanaan secara yang wajar.”
(Harakah, 19 April 1999)
Oleh itu, di sini dapat dilihat dengan jelas betapa besarnya pengaruh reformasi di Indonesia ketika menjatuhkan Suharto turut digunakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang menuntut pembelaan keatas Anwar Ibrahim.
           

2.1.5  Peranan Media dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
Dalam era globalisasi, Tun Dr. Mahathir Mohamad amat mementingkan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan peranannya dalam negara.  Beliau berpendapat bahawa teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah satu ciri penting bagi kemajuan negara untuk abad akan datang.  Oleh yang demikian, beliau telah mewujudkan “the informationalised society” sebagai pemangkin kepada idea penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC) yang dilancarkan pada tahun 1995.  Asas untuk merencanakan penubuhan MSC ini dimantapkan lagi menerusi kewujudan Majlis Penasihat Antarabangsa (IAP) bagi melancarkan lagi operasi dan kejayaan projek berkenaan[26].  Kesan daripada penubuhan MSC ialah membawa kepada pengenalan perkhidmatan internet bagi tujuan langganan kepada rakyat[27].
            Media massa, terutamanya akhbar, tidak wujud berasingan daripada lain-lain institusi masyarakat. Ia merupakan bahagian penting dalam proses perubahan dan pemeliharaan sesebuah masyarakat (Ryan & Wentworth 1999:23). Menurut teori liberal, akhbar mempunyai empat fungsi utama, iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum, memantau kerajaan, mendorong debat umum, dan menyalurkan pendapat umum.  Lain-lain fungsi tambahan adalah memupuk nilai-nilai utama yang dikongsikan oleh sesuatu masyarakat, membantu masyarakat menyesuaikan diri kepada perubahan, dan mendedahkan kemungkaran (Curran & Seaton, 2003: 346).  Dalam pada itu, istilah media massa pula tidak boleh didefinisikan dengan sejelas-jelasnya.  Sesetengah media memang benar-benar bersifat media massa.  Ini termasuklah radio, aktiviti rakaman, panggung wayang dan televisyen. Bagaimanapun, media massa lazimnya merujuk kepada radio, akhbar, televisyen dan media rakaman (Ryan & Wentworth, 1999:11).
Dalam konteks Malaysia, akhbar adalah apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada tempoh yang kerap atau tidak kerap, tetapi tidaklah termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984: Fasal 2).
            Dalam era pemerintahan Mahathir,  Malaysia pada dasarnya telah mengamalkan dasar “langit terbuka” yang membolehkan kemasukan bahan media dalam bentuk elektronik atau cetakan dari luar bagi tujuan pembacaan dan langganan dalam kalangan rakyat (Sobri Sudin 2006: 56).  Antara saluran komunikasi melalui siaran televisyen kabel dan satelit seperti ASTRO dan MegaTV merupakan sebahagian daripada cara masyarakat Malaysia mendapat pendedahan maklumat dari luar negara.  Kesannya, kesedaran rakyat tentang peri pentingnya keperluan teknologi komunikasi maklumat telah meningkat[28].  Oleh itu, faktor-faktor ini telah menjadikan masyarakat Malaysia terdedah kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku dari dalam dan luar negara.  Melalui peningkatan teknologi komunikasi maklumat, rakyat mempunyai saluran alternatif selain akhbar dan media tempatan seperti Media Prima yang dikuasai oleh kerajaan dan proksinya seperti TV3[29].  Konsep keterbukaan penyebaran maklumat ini membolehkan rakyat membina hubungan yang luas dengan negara luar termasuk budaya sejagat, fahaman, ideologi, dan isu-isu politik semasa yang berjaya mewujudkan budaya politik baru di Malaysia.  Contohnya, isu gerakan reformasi di Indonesia yang turut melimpahi ruang maya tanah air sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut pembelaan Anwar Ibrahim yang didakwa atas tuduhan rasuah dan liwat. 
            Selain daripada internet, media juga memainkan peranan yang penting sebagai mekanisme penyebaran ideologi.   Barisan Nasional telah menggunakan sepenuhnya media massa untuk melancarkan serangan terhadap Barisan Alternatif[30].  Umumnya, Barisan Nasional telah menggunakan isu kegawatan ekonomi yang berjaya ditangani serta menggambarkan Barisan Alternatif sebagai kumpulan politik ganas yang akan mencetuskan huru hara dengan pimpinannya yang tidak sehaluan malah bertentangan sesama sendiri (Kamarudin Jaafar 2000: 17).  Isu lain yang dibangkitkan adalah isu yang dibangkitkan oleh MCA iaitu amaran kepada pengundi yang mengundi DAP yang dianggap menyokong pengwujudan negara Islam.  PAS juga dituduh tidak tahu mentadbir kerajaan, manakala pemimpin-pemimpinnya dikatakan hanya makan gaji buta.  Tuduhan ini dijawab oleh PAS dengan menyatakan mereka terpaksa membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang telah dipinjam semasa UMNO menerajui kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Mohamad Yaacob.  Penceramah-penceramah PAS juga telah mengeluarkan data-data perolehan kewangan daripada tender balak yang amat besar berbanding dengan hasil perolehan semasa Kelantan ditadbir oleh UMNO walaupun kerajaan UMNO menender kawasan balak yang lebih luas (Kamarudin Jaafar 2000).
            Globalisasi juga telah menyebabkan isu-isu luar negara telah diserap masuk dan cuba diaplikasikan oleh kerajaan dan media.  Contohnya, skandal seks Presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton dengan Monica Lewinsky.  Pada tahap awal ketika kes rasuah Anwar Ibrahim dibicarakan dan afidavit Dato’ Nallakarupan dikemukakan, ia adalah justifikasi daripada paparan media ke atas proses perbicaraan tersebut.  Perbicaraan melibatkan usaha Senat untuk melakukan impeachment[31]  bagi mempertikaikan kewibawaan Clinton kerana membuat sumpah palsu dalam skandal seksnya.  Pada masa tersebut juga, fenomena atau kegiatan homoseksual turut dilakukan oleh menteri kabinet di beberapa buah negara seperti Norway, Switzerland, dan Great Britain[32].  Fokus media “belian kerajaan” terhadap isu homoseksual bagi tujuan memperkuatkan keyakinan rakyat bahawa tidak mustahil perkara tersebut dilakukan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri[33].  Cubaan untuk mengaitkan kes liwat Anwar dengan skandal Clinton agak kurang serasi berikutan prosedur yang jauh berbeza kerana prosiding perbicaraan Clinton lebih teratur, menyeluruh, dan mempunyai ruang pembelaan. 
            Anwar juga banyak mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh luar hasil peranan media.  Antara tokoh yang melahirkan keprihatinan mereka ialah pemimpin-pemimpin dari negara jiran seperti Joseph Estrada, B.J Habibie, ahli Kongres Amerika Syarikat, serta pelbagai pertubuhan luar negara (Mohd Hafidz Hussein 2006: 65).   Selain media sebagai medium yang memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat melalui keterbukaan pengaliran maklumat dari dalam ke luar negara, faktor lain adalah merujuk kepada ciri globalisasi itu sendiri iaitu perkongsian nilai sejagat dari aspek kemanusiaan (Sobri Sudin 2006).  Ketokohan Anwar telah dianggap sebagai pemimpin yang bakal menerajui negara selain memiliki hubungan yang baik dengan pemimpin luar dan pertubuhan antarabangsa.  Justeru, fokus yang diberikan kepadanya atas isu ini menjadi tumpuan dan perdebatan media asing.

3.1  PILIHAN RAYA UMUM 1999
Akibat isu dan krisis yang melanda, pilihanraya umum (PRU) pada tahun 1999 memperlihatkan keputusan yang buruk terhadap kerajaan apabila Barisan Nasional telah kehilangan banyak kerusi Parlimen.  Dalam pilihan raya ini, BN hanya menang 148 daripada 193 kerusi Parlimen.  Kemenangan ini mengalami kemerosotan berbanding pilihanraya umum (PRU) 1995  iaitu BN menang 162 kerusi.  Pada tahun 1999, UMNO telah menang sebanyak 72 kerusi Parlimen dan dan 176 kerusi DUN yang juga mengalami penurunan berbanding 88 kerusi Parlimen dan 231 kerusi DUN pada pilihanraya umum (PRU) 1995.  Barisan Alternatif pula berjaya memperoleh 42 kerusi Parlimen bersama 3 kerusi yang dimenangi oleh PBS di Sabah menjadikan bilangan kerusi pembangkang sebanyak 45 kerusi.  Kerusi yang diperoleh oleh PAS mengalami peningkatan sebanyak 27 kerusi berbanding hanya 7 kerusi pada tahun 1995 dan DAP meningkat daripada 9 kerusi kepada 10 kerusi, manakala keADILan menang 5 kerusi menjadikan jumlah kerusi Barisan Alternatif sebanyak 45 kerusi.  Namun, Barisan Alternatif gagal untuk menafikan kemenangan majoriti 2/3 Barisan Nasional. 
            Walaupun begitu, Barisan Alternatif mengalami kemenangan besar di Kelantan dan Terengganu.  PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan dengan jumlah kerusi yang semakin meningkat dan UMNO hanya menang satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di Gua Musang.  Terengganu yang sebelum ini di bawah pemerintahan BN juga berjaya dirampas dengan menang lapan daripada lima belas kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan 28 daripada 32 kerusi DUN.  Barisan Alternatif turut menang di Kedah di mana PAS menang lapan daripada lima belas kerusi Parlimen dan dua belas daripada tiga puluh enam kerusi DUN.  Di negeri Pahang, Perlis, Perak, Selangor, dan Pulau Pinang, Barisan Alternatif memenangi 98 kerusi DUN dan dianggap sebagai kejayaan yang membanggakan.
            Calon-calon popular iaitu empat Menteri pusat dan seorang Menteri Besar UMNO tewas di tangan Barisan Alternatif.  Tokoh-tokoh ulama UMNO yang bertanding di Terengganu, Kelantan, dan Kedah juga gagal memenangi kerusi masing-masing.  Kawasan-kawasan “sensasi” seperti Permatang Pauh pula dimenangi oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah dengan mengalahkan Datuk Dr. Ibrahim Saad.  Azmin Ali pula mengalahkan Datuk Mohd Fuad Hassan di Hulu Klang, manakala di Peringat, Kelantan, Ustaz Muhammad Mustapha mengalahkan Dato’ Annuar Musa.  Kekalahan tokoh yang rapat dengan Mahathir seperti Dato’ Megat Junid, Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman dan Dato’ Mustafa Muhamad juga dianggap memeranjatkan[34].  Majoriti yang diperolehi oleh Dr. Mahathir di Kubang Pasu juga jatuh dari 17,226 pada PRU 1995 kepada 10,138.  Undian Tan Sri Rafidah Aziz juga turun dengan drastik iaitu dari 10,649 kepada 2,774.  Manakala penurunan yang paling ketara ialah Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  iaitu dari 10,793 kepada hanya 241 undi.
            Daripada analisis yang dibuat oleh Kamarudin Jaafar (2000) ini, kemenangan yang diperolehi oleh BN adalah dengan majoriti yang semakin berkurangan berbanding pilihanraya umum (PRU) 1995 walaupun BN menang banyak kerusi yang dipertandingkan.  Umumnya, hampir kesemua calon BN yang menang mengalami penurunan majoriti yang besar kerana daripada majoriti calon UMNO yang meningkat adalah di Parlimen Labuan dan Jelebu sahaja daripada 60 kerusi parlimen yang dimenangi (Kamarudin Jaafar 2000: 23).  Di kawasan-kawasan lain majoriti UMNO mengalami penurunan yang menjunam seperti di Shah Alam dengan majoriti 40,715 kepada 1,440 dan Gombak dengan hanya 803 undi daripada 30,873.  Berdasarkan keputusan pilihan raya ini, peratusan undi yang diperoleh oleh BN adalah sebanyak 56.1 % iaitu lebih rendah daripada keputusan pilihan raya 1995 iaitu 65%. 
4.1  KESIMPULAN
Globalisasi telah membawa banyak pengaruh dalam politik dan ekonomi dunia berikutan penyebaran maklumat yang pantas serta peningkatan teknologi komunikasi maklumat.  Globalisasi juga mampu menyatukan rakyat dalam sesuatu gerakan sama ada untuk menyokong mahupun menjatuhkan kerajaan.  Peristiwa-peristiwa dan isu semasa yang berlaku di luar negara sedikit sebanyak telah banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat dan mengajar mereka tentang realiti.  Isu-isu politik di Asia khususnya sangat mudah merebak ke negara-negara jiran di sekitarnya berdasarkan ideologi dan matlamat yang hampir sama.  Di Malaysia, pengaruh globalisasi mampu mempengaruhi rakyat dalam pemikiran dan memilih pemimpin.  Hal ini dapat dilihat menerusi keputusan pilihanraya umum (PRU) pada tahun 1999 yang memperlihatkan keputusan yang buruk dialami parti politik Barisan Nasional akibat pelbagai isu dan krisis yang dibangkitkan.  Globalisasi juga memperlihatkan peranan media sama ada media itu bersifat telus atau memihak kepada sesuatu pihak.  Oleh yang demikian, bergantung kepada kebijaksanaan masyarakat untuk menilai dan menimbang tara sama ada apa yang dipaparkan tersebut adalah benar, palsu, baik atau pun buruk. 



Rujukan
Abdul Latiff Bakar. 1998. Peranan Media dalam Pilihan Raya Persekutuan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdul Rahman Embong. 2000. Negara-bangsa dalam Arus Globalisasi. Dlm. Norani Othman & Sumit K. Mandal (ed.). Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa? Bangi:         Penerbit UKM.

Ahmad Lufi Othman. 1999. Anwar Boneka Barat. Ampang: Penerbit Pemuda. Berita Harian. 25 Jun 2001.
Anwar Ibrahim.  1997.  Gelombang kebangkitan Asia.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan           Pustaka.
Aliran, Mac 1999.
Berita Harian, 21 September 1998 & 23 November 1998.

Bertherton, P.  1996.  Global politics.  New York: Mac Millan Publishers.
Curran, James. 2002. Media and Power. London: Routledge.
Detik, Disember 1998-Julai 1999.
Edward, A.  Herbert, F.  & Gery, V.K.  2000.  Titik tolak reformasi hari-hari terakhir presiden     Suharto.  Yogyakarta: LKIS.
Elson, R.E.  2001.  Suharto sebuah biografi politik.  Jakarta: Cambridge University Press.
Harakah, 19 April 1999.
Ishak Shari. 1999. Bumi semua manusia: menangani ketidaksetaraan ekonomi dalam arus
globalisasi. Syarahan Perdana UKM.  Bangi: Penerbit UKM.

__________.  2000. Globalisasi ekonomi: proses dan realitinya. In Norani Othman & Stumit K.   Mandal. (ed.). Malaysia menangani globalisasi: peserta atau mangsa.  Bangi: Penerbit      UKM.

Kamarudin Jaafar.  2000.  Pilihanraya 1999 dan masa depan politik Malaysia.  Kuala Lumpur:     Ikdas Sdn. Bhd.

Laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kecederaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Semasa di            Dalam             Tahanan Polis.  1999.  Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Mahathir Mohamad.  2000.  Krisis matawang Malaysia bagaimana dan mengapa ia berlaku.        Subang Jaya: Pelanduk Publications.
__________.  1999.  Kebangkitan semula Asia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
__________.  1999.  Jalan ke puncak.  Petaling Jaya: Pelanduk Publications.


Mean Malaysia. 1971-2001. Pelbagai Rancangan Malaysia.
__________.   1998. Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Kuala Lumpur: Percetakan         Nasional.
__________.   2004. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Mittelman, J. H. 1996. The Dynamics of Globalization. Dlm. Mittelman, J.H. (ed.).Globalization: Critical Reflections. Him. 1-19. Boulder, CO: Lynne Rienner.

Ohmae, K. 1995. The End of the Nation-State: The Rise of Regional Economics. NewYork: The    Free Press.

The Star, 23 Disember 1999.

Utusan Malaysia.  September 1998-Ogos 1999.

Sobri Sudin.  1999.  Kesan proses globalisasi ke atas budaya dan amalan politik di Malaysia.        Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

_________ & Mohd Hafidz Hussein.  2006.  Globalisasi dan budaya politik di Malaysia.  Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.



[1] R.E Elson, 2001, Hlm. 564.
[2] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 70.
[3] Edward Aspinal, 2000, Hlm. 9
[4] International Monetary Fund.
[5] Penandatanganan perjanjian ini disaksikan oleh Pengarah IMF iaitu Micheal Camdessus.
[6] David L. Marcus, The Boston Globe, 23 Mei 1998.
[7] Mahathir Mohamad, 2000, Hlm. 19.
[8] Mahathir Mohamad, 2000, Hlm. 20.
[9] Mahathir Mohamad, 2000, Hlm. 25.
[10] Bank Pusat juga telah mengarahkan bank menggunakan apa sahaja dana lebihan yang dimiliki untuk mengurangkan pinjaman antara bank daripada meminjamnya kepada pelanggan mereka.
[11] Mahathir Mohamad, 2000, Hlm. 29.
[12] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 71.
[13] Isu ini turut disuarakan oleh Anwar ketika ucapannya di Washington dan semasa merasmikan Konvensyen Ekonomi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Pulau Sibu.
[14] Hasil temu bual Sobri Sudin dengan ADUN Tanjung Seri (1999).
[15] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 71.
[16] Berita Harian, 21 September 1998.
[17] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 63.
[18] Mohd Hafidz Hussein, 2006, Hlm. 63.
[19] Tan Sri Rahim Noor mengatakan bahawa Anwar berada dalam keadaan selamat dalam tahanan pada sidang akhbar yang diadakan pada 21 September.
[20] Prosiding perbicaraan kes Anwar Ibrahim berlanjutan bagi satu tempoh yang panjang dalam sejarah perundangan negara.
[21] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 67.
[22] Kamarudin Jaafar,  2000, Hlm. 4.
[23] Ucapan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat di Persidangan APEC di Kuala Lumpur (1998).
[24] The Star, 23 Disember 1999.
[25] Kamarudin Jaafar, 2000, Hlm. 6.
[26] IAP dianggotai oleh pemikir, tokoh korporat dan pakar khusus dalam bidang teknologi maklumat seperti Bill Gates, Tofler, dan Ohmae (The Star,21 Januari 1998)
[27] MSC telah siap sepenuhnya pada tahun 1999 sebagai satu kawasan yang menempatkan kemudahan industri, sistem pendidikan, pusat pentadbiran, sistem pengangkutan, dan kawasan kediaman yang dihubungkan dengan satu sistem jaringan maklumat yang lengkap bahi tujuan kemudahan komunikasi (The Star, 26 Julai 1999).
[28] Perkhidmatan internet yang dilancarkan pada tahun 1995 hanya dilanggan oleh 20,000 orang telah meningkat kepada lebih 600,000 pada tahun 1999 (Detik, Mac 1999).
[29] TV3 dimiliki oleh syarikat nominee UMNO iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
[30] Kamarudin Jaafar, 2000, Hlm. 17.
[31] Proses mencabar kebolehpercayaan melalui undian.
[32] Berita Harian, 23 November 1998
[33] Sobri Sudin, 2006, Hlm. 61.
[34] Kamarudin Jaafar, 2000, Hlm. 22.